Tools Percuma

Kami di Prospek Digital sangat suka dengan data, angka dan statistik. Data boleh membantu kita membuat pilihan-pilihan yang sukar dalam bisnes dengan lebih tepat dan yakin.

Rutin harian seorang usahawan sangat sibuk dan kita tidak ada begitu banyak masa untuk membuat perkara yang sama berulang-ulang kali.

Work Smart Dengan Tools

Seorang usahawan yang bijak adalah usahawan yang work smart dan menggunakan tools untuk membantunya menyelesaikan tugas harian dengan lebih pantas.

Tools = Jimat Masa + Produktiviti

tools-usahawan
Tools yang bagus boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja seseorang usahawan. Kami di Prospek Digital juga menggunakan banyak tools dalam rutin harian kami sebagai usahawan dan marketing consultant.

Sebahagian daripada tools kami adalah dari pihak ketiga (3rd party) dan sebahagiannya pula adalah in-house tools yang kami bina sendiri untuk kegunaan kami.

Tools Percuma Untuk Anda

Sebagai menghargai sokongan anda, kami di Prospek Digital berbesar hati untuk berkongsi sebahagian daripada tools kami dengan anda.

#1 – Kalkulator ROI

kalkulator-roi

Kalkulator ROI adalah sebuah tool yang boleh membantu anda mengira Return On Investment (ROI) kempen-kempen pemasaran anda dengan mudah.

Sebagai contoh, jika anda meletakkan RM30 hari ini untuk mempromosikan Produk A (untung RM50 seunit) dan anda berjaya menjual 10 unit Produk A hari ini, ROI anda adalah 15.67% untuk hari ini.

Formula:

ROI = (Keuntungan – kos iklan) / Kos iklan

Nota: Keuntungan = Untung setiap unit X Bilangan unit terjual

Contoh:

Keuntungan = RM50 X 10 unit = RM500
ROI = (RM500 – RM30) / RM30
ROI = 470 / 30
ROI = 15.67%

Sebagai usahawan, anda harus tahu berapa ROI untuk SETIAP aktiviti pemasaran anda. Jangan buang duit pada channel pemasaran yang mempunyai ROI yang rendah. Ia sia-sia.

Anda boleh gunakan Kalkulator ROI ini secara percuma di sini.

#2 – Social Signal Checker

social-signal-checker

Bagi anda yang menggunakan SEO sebagai salah satu marketing channel dalam bisnes anda, aktiviti research adalah aktiviti yang sangat memakan masa.

SEO era baru ini banyak dipengaruhi oleh elemen sosial. Social signal dari Facebook, Twiter dan Google+ dilihat boleh memberi kesan kepada ranking sesebuah website di Google.

Jadi, jika anda mahu ‘spy’ pesaing anda dan melihat berapa social signal laman utama (homepage) dan laman-laman lain dalam website mereka, Social Signal Checker boleh membantu anda.

Sebagai bonus, jika anda menggunakan tool ini untuk melihat social signal website atau blog anda sendiri, kami berikan beberapa tips percuma kepada anda berdasarkan keputusan yang dipaparkan.

Tool ini juga percuma. Anda boleh guna sekarang di sini.

Mahu Lagi Tools Percuma?

Kami bercadang untuk menambah lagi senarai tools di atas jika anda mahu.

Adakah anda mahu?

Setiap satu share untuk halaman ini menjadi indikator bagi kami untuk mempertimbangkan penambahan tools percuma selepas ini. Jadi…

…Jika anda mahu lagi, sila kongsikan halaman ini di Facebook, Twitter dan Google+ anda. Mari kita sama-sama mulakan kerja yang lebih produktif!

***

Kami berharap agar tools di atas boleh membantu aktiviti bisnes anda berjalan dengan lebih pantas, efisyen dan sekaligus meningkatkan produktiviti kerja anda.

Kerja yang produktif akan meningkatkan motivasi kerja. Motivasi kerja mendorong kepada keceriaan dan keseronokan. Dan, keseronokan akan menjemput rezeki, insyaAllah. ?

Shares