Selamat Tinggal, Converted Clicks

Sewaktu Google AdWords mula dilancarkan, metrik yang paling penting bila kita nak ‘track’ samada katakunci (baca: keyword) atau lain-lain targeting yang kita guna dalam kempen iklan itu berbaloi atau tidak, adalah ‘conversion’. Dan semakin kompleks sesuatu kempen AdWords, semakin tepat maklumat yang diperlukan oleh pengiklan AdWords bagi membantu mereka membuat keputusan pengiklanan yang lebih baik. Maka…

Google Mula Mengindeks Halaman HTTPS Terlebih Dahulu Berbanding HTTP

Jika pada tahun lepas Google mengumumkan bahawa HTTPS adalah salah satu daripada ranking factor mereka, terbaru mereka mengumumkan satu lagi berita yang berkait dengan HTTPS. Dalam pengumuman terbaru tersebut, Google mengatakan yang mereka akan memberi indexing priority kepada laman web yang menggunakan HTTPS berbanding kebanyakkan laman web yang menggunakan HTTP. Indexing priority di sini bermaksud, jika…

Viewable CPM (vCPM), Metrik & Caj Baru AdWords Untuk Kempen Google Display Network

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Google pada tahun 2014, sebanyak 56% iklan di laman web (display ads) tidak berpeluang langsung untuk dilihat oleh prospek semasa ianya dipaparkan. Ini memberi petanda bahawa bayaran yang dibuat oleh pengiklan mengikut format CPM (Cost per 1,000 impressions) sudah tidak relevan dengan situasi sekarang, dan Google sendiri telah menyedari perkara…

Google Melepaskan Panduan “Search Quality Rating”

Di dalam menentukan ranking sesebuah laman di keputusan carian organik mereka, Google tidak bergantung kepada kemampuan ‘machine learning’ melalui algoritma sahaja. Google juga pada masa yang sama mendapatkan maklumbalas daripada pengguna sebenar mereka, yakni melalui program penilaian kualiti carian. Melalui program tersebut, penilai akan memberi kadaran mereka mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Google. Dan…

Google Lancar Antaramuka Baru Bagi Keputusan Carian di Tablet

Jika sebelum ini keputusan carian Google bagi peranti tablet adalah hasil kombinasi antaramuka peranti desktop & telefon pintar, kini Google telah melancarkan antaramuka baharu secara senyap & tanpa sebarang pengumuman rasmi: Dan jika dilihat, antaramuka ini adalah lebih mirip kepada rekabentuk hasil carian Google di peranti telefon pintar. Mengikut pengalaman kami, setiap kali kemaskini baru…

Lebih Separuh Jumlah Carian Di Google Kini Dari Mobile

Selepas pengumuman rasmi tentang laman web mobile-friendly akan diberikan kedudukan (ranking) lebih tinggi di Google, hari ini Google mengumumkan bahawa lebih dari separuh jumlah carian di Google kini datang dari pengguna peranti mudah alih (mobile). Pengumuman itu dibuat oleh senior VP Google, Amit Singhal. Sebelum ini, Google telah mengumumkan bahawa jumlah carian mobile sudah melangkaui…

Google Mula Memaparkan Kandungan Dari Pinterest & Vine Dalam Bentuk Galeri

Google melakukan begitu banyak perubahan pada platform mobile tahun ini. Selepas membuat kenyataan rasmi tentang ranking sesebuah laman web yang mobile-friendly akan berada di kedudukan lebih baik di Google, hari ini mereka hadir pula dengan satu lagi pengumuman baru. Hampir sama dengan pengumuman berkaitan Tweet dari Twitter akan mula dipaparkan di Google, kini mereka mula…