Google Sedang Menguji 4 Iklan Di Atas Keputusan Carian Mereka?

Mengikut polisi Google yang dipaparkan di laman ini, secara jelas dinyatakan adalah hanya 3 iklan sahaja maksimum yang akan dipaparkan di posisi atas keputusan carian organik Google: Ini bermakna, sekurang-kurangnya satu daripada keputusan carian organik (posisi pertama) akan berpeluang untuk dilihat dalam paparan “above the fold” bagi setiap keputusan carian Google (bergantung kepada saiz skrin prospek)….

Google Melepaskan Panduan “Search Quality Rating”

Di dalam menentukan ranking sesebuah laman di keputusan carian organik mereka, Google tidak bergantung kepada kemampuan ‘machine learning’ melalui algoritma sahaja. Google juga pada masa yang sama mendapatkan maklumbalas daripada pengguna sebenar mereka, yakni melalui program penilaian kualiti carian. Melalui program tersebut, penilai akan memberi kadaran mereka mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Google. Dan…

RASMI: Jumlah Pengguna Mobile Kini Melangkaui Pengguna Desktop

Dunia digital hari ini telah menyaksikan begitu banyak perubahan berlaku begitu drastik sekali. Jika dulu kita banyak menggunakan desktop untuk menyiapkan kerja, sekarang tidak lagi. Segalanya sudah mobile. Berjual beli secara mobile, baca berita secara mobile, malah, belajar pun sudah mobile sekarang. Laporan terbaru dari Comscore menyatakan bahawa, jumlah pengguna mobile di US kini telah melangkaui pengguna desktop. Transisi dan…

Google Kemaskini Antaramuka Keyword Planner Di AdWords

Dalam melakukan kajian katakunci (keyword research) samada untuk kempen pemasaran AdWords mahupun aktiviti SEO, salah satu sumber wajib guna adalah Keyword Planner di AdWords. Melalui alatan percuma ini, anda boleh mendapatkan beberapa maklumat seperti: 1. Katakunci-katakunci yang berkaitan dengan produk/servis anda (cambah idea katakunci anda); 2. Jumlah carian bagi setiap katakunci tersebut; 3. Purata bidaan CPC…

Google Kemaskini Desain Keputusan Carian Peranti Mudah Alih

Baru-baru ini, kami mengesan sedikit perubahan telah dilakukan oleh Google pada keputusan carian di peranti mudah alih. Dan perubahan tersebut lebih terarah kepada perubahan ‘kosmetik’ dimana untuk setiap posisi, ia akan dipaparkan dalam satu ‘kotak’ & garisan dibawah setiap kotak tersebut akan diwarnakan dengan warna-warna tertentu. Pihak kami cuba mendapat pengesahan samada perubahan ini adalah…

Memperkenalkan Primer, Applikasi Panduan Pemasaran Bisnes Kecil & Startup Percuma Dari Google

Ada masanya usahawan dan pemilik bisnes mempunyai masa yang sangat terhad untuk mempelajari kesemua jenis pemasaran yang boleh membantu memasarkan produk atau servis mereka. Namun, semua itu boleh diatasi dengan pengenalan applikasi percuma terbaru daripada Google, iaitu Primer: Melalui applikasi Primer, anda boleh belajar beberapa cara pemasaran (di Internet) secara percuma melalui tutorial yang sangat…

5 Kemaskini AdWords Terkini Yang Anda Perlu Tahu

Pemasaran digital (ataupun pemasaran Internet) adalah saluran yang berubah dalam masa yang sangat singkat. Apa yang baru hari ini, akan jadi ‘lapuk’ 3 bulan dari sekarang. Samada AdWords, Bing Ads, Facebook Ads, Twitter Ads mahupun apa sahaja platform pengiklanan digital, mereka ini tidak terlepas daripada kemaskini yang beterusan setiap saat & setiap detik. Dan hari…