Nota Editor – Cross-Device Tracking Dalam Google Analytics

Setiap kali dalam kelas AdWords yang saya handle sebagai trainer, benda paling awal saya akan cerita adalah . . . . . . beza antara FB ads dengan AdWords (sekarang Google Ads). Sebabnya saya nak “set the right expectation” daripada awal. Mungkin ramai yang datang dari background FB ads, copywriting tu jadi benda yang paling…

Google AdWords Kini Dikenali Sebagai Google Ads

Bermula 24 Julai 2018, Google telah melakukan penjenamaan semula AdWords kepada Google Ads. Perubahan ini selari dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Google pada 27 Jun lepas dimana mereka ingin melakukan konsolidasi nama terhadap platform-platform yang berkait dengan pengiklan (advertisers) & penerbit (publishers). Penerbit dalam kes ini lebih kepada pemilik laman-laman web yang memaparkan iklan-iklan…

Selamat Tinggal, Converted Clicks

Sewaktu Google AdWords mula dilancarkan, metrik yang paling penting bila kita nak ‘track’ samada katakunci (baca: keyword) atau lain-lain targeting yang kita guna dalam kempen iklan itu berbaloi atau tidak, adalah ‘conversion’. Dan semakin kompleks sesuatu kempen AdWords, semakin tepat maklumat yang diperlukan oleh pengiklan AdWords bagi membantu mereka membuat keputusan pengiklanan yang lebih baik. Maka…

Aplikasi Google AdWords Untuk iOS Dilancarkan Secara Rasmi

Jika sebelum ini Google telah melancarkan aplikasi AdWords untuk Android, kini pengguna iOS juga sudah boleh menggunakan aplikasi yang sama selepas Google mengumumkan aplikasi rasmi AdWords untuk iOS. Melalui aplikasi iOS ini, anda boleh: Menguruskan campaign, ad group and ad Menukar bid iklan Melihat prestasi iklan Mengaktifkan/menyahaktifkan iklan Melihat tetapan akaun AdWords Mendapat push notification dari AdWords…

Google Memperkenalkan Iklan ‘Trial Run’ – Membolehkan Aplikasi Dicuba Dalam 60 Saat

Salah satu jenis kempen yang boleh dibuat di Google AdWords adalah kempen mobile app install. Melalui kempen ini, pembangun aplikasi boleh mempromosikan aplikasi mereka di Google Search, blog-blog dan juga di dalam Google Play. Namun, tidak semua pengguna yang memuat turun aplikasi tersebut menggunakannya. Ini adalah satu kerugian kepada pembangun kerana mereka telah menghabiskan wang…

Google Sedang Menguji 4 Iklan Di Atas Keputusan Carian Mereka?

Mengikut polisi Google yang dipaparkan di laman ini, secara jelas dinyatakan adalah hanya 3 iklan sahaja maksimum yang akan dipaparkan di posisi atas keputusan carian organik Google: Ini bermakna, sekurang-kurangnya satu daripada keputusan carian organik (posisi pertama) akan berpeluang untuk dilihat dalam paparan “above the fold” bagi setiap keputusan carian Google (bergantung kepada saiz skrin prospek)….

Viewable CPM (vCPM), Metrik & Caj Baru AdWords Untuk Kempen Google Display Network

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Google pada tahun 2014, sebanyak 56% iklan di laman web (display ads) tidak berpeluang langsung untuk dilihat oleh prospek semasa ianya dipaparkan. Ini memberi petanda bahawa bayaran yang dibuat oleh pengiklan mengikut format CPM (Cost per 1,000 impressions) sudah tidak relevan dengan situasi sekarang, dan Google sendiri telah menyedari perkara…