Nota Editor – Cross-Device Tracking Dalam Google Analytics

Setiap kali dalam kelas AdWords yang saya handle sebagai trainer, benda paling awal saya akan cerita adalah . . .

. . . beza antara FB ads dengan AdWords (sekarang Google Ads).

Sebabnya saya nak “set the right expectation” daripada awal.

Mungkin ramai yang datang dari background FB ads, copywriting tu jadi benda yang paling penting.

Bila nak menulis iklan di Google Ads, mulalah pening tak tahu macam mana nak bagi dia pendek supaya tak lebih daripada ‘character limit’ Google.

Seronok menulis, last-last bila nak submit tak lepas. 

Selain pasal copywriting & character limitation ni, saya ada jugak sentuh pasal beza cara target di FB vs Google Ads.

Kalau FB, kita target kepada ‘real human’, sebab ‘real human’ yang guna FB, yang daftar & cipta profile mereka kat sini.

Tapi kat Google ads, mereka lebih bergantung kepada ‘cookies’.

Bunyinya macam teknikal, cookies ni senang cakap cara Google untuk ‘kenal’ siapa diri kita.

Dan bila bergantung pada ‘cookies’, ada banyak limitation.

Paling senang, bila orang guna ad blocker, memang tak boleh nak buat apa. Jadi tracking kat situ dah tergantung.

Selain tu, Google nampak seorang ‘real human’ yang guna 3 device yang berbeza sebagai 3 orang.

Itulah limitation di Google.

Tapi sekarang diorang cuba untuk atasi masalah tu sedikit demi sedikit.

Contoh paling dekat, kemampuan untuk track secara cross-device di Google Analytics.

Ini sangat-sangat bagus.

Sebab tu beberapa minggu lepas, bila dengar berita ni, saya cakap ini adalah “the greatest invention since sliced bread”.

Sebab dengan pengenalan features terbaru di Google Analytics ni, sekurang-kurangnya sekarang dari contoh 3 devices = 3 orang kat atas tadi akan jadi 3 devices = 1 orang.

Kalau tuan/puan bukak Google Analytics sekarang, besar kemungkinan dah nampak notifikasi macam dalam gambar ni.

Saya pun 100% tak pasti macam mana rupa datanya, cuma saya aktifkan je sekarang, insyaAllah dah ada data nanti bolehlah kongsi lebih lanjut.

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares