Slack Beli IP HipChat & Stride. Atlassian Kemudian Tutup Kedua-Dua Syarikat

Dalam siri tweet yang ditulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif Slack, Stewart Butterfield, beliau semalam mengumumkan bahawa Slack kini telah membeli IP (Intellectual Property) HipChat & Stride daripada Atlassian.

Dan hasil daripada pembelian tersebut, Atlassian akan menutup kedua-dua servis yang berpotensi menjadi pencabar kepada Slack.

Atlassian sebagai pemilik HipChat & Stride juga membuat sedikit pelaburan ekuiti terhadap Slack, yang mana menurut portal Techcrunch sebagai satu keputusan yang bagus disebabkan oleh proses mengapungkan Slack ke bursa saham melalui IPO (Initial Public Offering) pada masa akan datang.

Kredit imej: Atlassian.com

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares