Google AdWords Kini Dikenali Sebagai Google Ads

Bermula 24 Julai 2018, Google telah melakukan penjenamaan semula AdWords kepada Google Ads.

Perubahan ini selari dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Google pada 27 Jun lepas dimana mereka ingin melakukan konsolidasi nama terhadap platform-platform yang berkait dengan pengiklan (advertisers) & penerbit (publishers).

Penerbit dalam kes ini lebih kepada pemilik laman-laman web yang memaparkan iklan-iklan Google (melalui program Google AdSense).

Dan perubahan ini boleh dikatakan lebih kepada proses penjenamaan semula & tidak memberi apa-apa kesan kepada platform AdWords sedia ada serta kempen iklan yang sedang dijalankan.

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares