Arah Tuju Baru ProspekDigital.com

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dah lama saya tak menulis di sini. Kalau tengok balik pada ‘history’, entri terakhir dari saya adalah pada 7 September 2016.

Ya, hampir dah nak 2 tahun saya tidak menulis disini.

Dan semalam, saya bertemu dengan co-founder ProspekDigital, tuan Zulhilmi.

Dalam 1 jam tu kami bertukar-tukar pandangan & pendapat mengenai:

i. Hala-tuju ProspekDigital dalam masa 1 ke 3 tahun akan datang;

ii. ‘Monetization model’ yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat;

iii. Kemaskini mengenai projek “U” yang telah kami bincang & kaji sejak tahun lepas.

Salah satu benda penting yang saya & tuan Zulhimi berbincang adalah, untuk ProspekDigital terus kekal relevan & sesuai dengan bidang yang kami terlibat adalah;

“Mengubah skop ‘coverage’ topik kami”

Dan apa yang dipersetujui adalah, selepas ini, ProspekDigital bukan saja akan berkongsi maklumat, ilmu & berita mengenai pemasaran digital, kami juga akan ‘expand’ topik kepada 3 ‘pillars’ dibawah:

Pillar #1 – Teknologi

Pillar #2 – Bisnes

Pillar #3 – Pemasaran

Kalau tengok content kami sekarang, ianya lebih kepada ‘sub-set’ kepada pillar #3, iaitu pemasaran.

Dan sekarang, kami akan dapatkan sebanyak mana kandungan-kandungan yang lebih menjurus kepada ‘intersection’ di antara ketiga-tiga ‘pillars’ tersebut.

Hasilnya?

Hasilnya kami mungkin boleh tahu paling awal selepas 6 bulan kami bereksperimen dengan halatuju baru ini.

Percubaan untuk keluar dari topik yang ‘niche’ (baca: pemasaran digital) kepada topik yang lebih besar adalah satu taruhan yang kami sanggup buat, atas sebab nak mencapai audiens yang lebih besar.

Dan melalui audiens yang lebih besar, ada banyak perkara yang boleh kami rancang untuk memberi nilai & impak yang lebih besar kepada mereka.

Buat tuan/puan yang masih kekal membaca kandungan di ProspekDigital, kami ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan.

Perubahan ini mungkin tak akan berlaku dalam satu malam. Tapi ianya sedang berlaku & insyaAllah anda akan disajikan dengan kandungan yang lebih baik, yang akan memberi impak positif kepada apa jua perkara yang anda lakukan, sehari-harian.

Yang ikhlas,

Amirul Faisyal,
Editor-in-chief,
ProspekDigital.com

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares