Video SEO – Bagaimana Untuk Dapat Ranking Nombor #1 Di YouTube?

Video adalah salah satu bentuk kandungan digital yang semakin popular di Internet. Perkara ini boleh dilihat apabila Facebook dan Twitter memperkenalkan fungsi video Live masing-masing di sistem mereka.

Namun begitu, masih ramai lagi yang belum tahu tentang cara yang betul untuk mendapat nombor #1 di YouTube untuk video telah mereka hasilkan.

Dalam video di atas, Brian Dean, pengasas Backlinko berkongsi pengalaman beliau melakukan eksperimen video SEO di YouTube.

Berikut adalah perkongsian beliau:

#1 – Jadikan video lebih panjang

Menurut beliau, video yang berdurasi lebih panjang akan menyumbang kepada jumlah masa tontonan yang lebih panjang. Apabila digandingkan dengan audience retention para penonton yang lama, ia akan memberi signal kepada YouTube bahawa video tersebut menarik dan informatif.

#2 – 15 saat pertama adalah saat kritikal

Brian berkata, beliau mengamalkan formula Preview, Proof, Preview again (PPP). Pada permulaan video, beliau berkongsi gambaran kasar tentang topik yang akan dibincangkan di dalam video tersebut (preview).

Kemudian, beliau pula berkongsi bukti-bukti yang telah terhasil hasil daripada teknik-teknik yang beliau akan kongsikan di dalam video tersebut (proof).

Dan pada akhir video, beliau membuat rumusan video dan memberi tips, kajian kes dan informasi baru kepada penonton (preview again).

#3 – Kata kunci tepat dalam tajuk

Selain itu, beliau meletakkan keyword yang betul dan tepat dalam setiap tajuk video-video beliau di YouTube.

Beliau juga berkata bahawa lokasi keyword dalam tajuk juga memberi impak kepada SEO video tersebut. Jika ia berada di hadapan, kebarangkalian untuk video tersebut mendapat ranking pertama di YouTube adalah tinggi.

#4 – Sebut kata kunci dalam video

Brian juga berkata bahawa dengan menyebut keyword apabila bercakap dalam video boleh menyumbang kepada ranking yang lebih baik di YouTube.

Ini kerana YouTube sudah mempunyai algoritma yang boleh mengesan dan membaca konteks disebalik sesebuah video biarpun video tersebut tiada sarikata.

#5 – Signal sosial dari penonton video

Brian berkata, beliau mengajak penonton-penontonnya untuk menonton lebih banyak lagi video-video beliau, berikan like, komen dan langgan saluran YouTube beliau. Signal sosial ini boleh membantu video tersebut muncul di posisi terunggul di YouTube.

[BONUS] #6 – Optimumkan CTR

Tip terakhir yang beliau kongsikan adalah, CTR optimization dengan memanipulasikan:

  1. Title
  2. Thumbnail
  3. Description

Tajuk, gambar dan penerangan video yang menarik perhatian akan meningkatkan kadar klik (CTR).

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares