Selamat Tinggal, Converted Clicks

Sewaktu Google AdWords mula dilancarkan, metrik yang paling penting bila kita nak ‘track’ samada katakunci (baca: keyword) atau lain-lain targeting yang kita guna dalam kempen iklan itu berbaloi atau tidak, adalah ‘conversion’.

Dan semakin kompleks sesuatu kempen AdWords, semakin tepat maklumat yang diperlukan oleh pengiklan AdWords bagi membantu mereka membuat keputusan pengiklanan yang lebih baik. Maka pada awal 2014, Google memperkenalkan metrik “converted click” bagi memberi definisi yang lebih tepat untuk sesuatu ‘conversion’:

converted clicks vs conversion

Dan pertengahan tahun ini, Google sekali lagi membuat perubahan dengan ‘merehatkan’ metrik ‘converted click’ buat selama-lamanya & digantikan semula dengan metrik ‘conversion’.

Sebab paling utama Google melakukan perubahan ini sekali lagi atas dasar ‘ketepatan’ data yang akan diberikan kepada pengiklan, yang mana metrik ‘conversion’ kali ini akan memberikan konteks yang lebih menyeluruh seperti:

  1. Cross-device conversion (contoh: prospek klik iklan di mobile & buat pembelian di desktop/pc)

  2. Store visit conversion tracking (contoh: prospek klik iklan di Google & buat pembelian di kedai)

  3. Sesuai digunakan bersama ‘attribution model’ selain daripada ‘last click attribution’ (contoh: conversion kredit boleh diberikan kepada klik yang mula-mula bawa prospek ke dalam corong pembelian)

Perubahan ini akan memberi impak kepada anda yang menggunakan metrik ‘converted click’ sebagai pilihan bidaan untuk:

i. Enhanced CPC

ii. Target CPA

Bagi pengguna AdWords yang lain, tiada apa yang anda perlu risaukan. Dan bagi anda yang menggunakan 2 teknik bidaan di atas, anda boleh rujuk panduan Google ini untuk persediaan apabila metrik tersebut ditukar secara rasmi pada 21 September 2016 nanti:

https://support.google.com/adwords/answer/6372468

Dan buat ‘converted click’, selamat tinggal! 🙂

adios amigos

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares