Bagaimana Nak Hantar Emel Pukal Dengan Gmail Tanpa Software Autoresponder?

Salah satu aktiviti penting dalam pemasaran adalah survey. Antara software paling popular untuk membina borang survey dengan mudah dan percuma adalah Google Forms.

Borang survey ini boleh juga dimasukkan di dalam artikel blog untuk mendapatkan maklum balas dari pembaca blog.

Apabila kita menerima maklum balas, Google secara automatik akan menjana sebuah fail dipanggil sebagai sheet dan memaparkan semua maklumbalas yang diterima.

Data ini kita gunakan untuk membuat analisa selanjutnya dan juga digunakan untuk membuat follow-up dengan mereka.

Cara Hantar Emel Pukal Dengan Gmail

gmail

Proses follow-up akan mengambil masa yang lama jika kita mahu menghantar emel yang banyak dan setiap emel tersebut mengandungi bahagian-bahagian yang perlu kita tukar seperti nama prospek, emel prospek, fail (attachment), tarikh temujanji dan sebagainya.

Salah satu add-ons yang boleh anda gunakan untuk menghantar emel pukal dengan pantas adalah dengan menggunakan Mail Merge. Bukan sahaja mampu menghantar bulk email tanpa menggunakan perisian autoresponder, anda juga menjadikannya sangat personalized.

Sebagai contoh, anda seorang perunding kewangan dan anda menawarkan sesi rundingan kewangan percuma selama 30 minit. 50 orang mengisi Google Form anda dan mereka hanya meletakkan nama dan emel mereka sahaja.

Jadi, anda boleh mengirimkan emel kepada mereka dengan memasukkan tarikh dan masa yang berbeza.

Ali akan jumpa anda pada hari Isnin jam 10 pagi. Siti akan jumpa anda hari Isnin pada jam 11 pagi.

Ini semua anda boleh tetapkan di dalam sheet tersebut dan Mail Merge akan ‘ambil’, proses dan hantarkan emel tersebut buat anda.

Tonton video di bawah untuk belajar cara guna Mail Merge:

Semoga bermanfaat! ?

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares