Facebook Memperkenalkan Audience Optimization Kepada Pemilik Page

Jika sebelum ini Facebook telah mempunyai Interest Targeting pada Page post composer mereka di mana pemilik FB Page boleh mengehadkan sesuatu post mereka daripada dilihat oleh kumpulan prospek tertentu berdasarkan minat mereka sahaja, kini mereka memperkenalkan Audience Optimization.

Menggantikan Interest Targeting, Audience Optimization mempunyai 3 komponen utama iaitu:

#1 – Preferred Audience

preferred-audience

Melaluinya, pemilik FB Page boleh menyasarkan prospek yang minat terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, FB Page Zalora Malaysia mempunyai ratusan ribu peminat.

Jika mereka mahu memberi prioriti kepada post terbaru mereka yang mempromosikan tudung wanita, mereka boleh meletakkan kata kunci-kata kunci berkaitan tudung sahaja di ruangan ini.

Jadi, post tersebut akan diberikan prioriti apabila dipaparkan di News Feed peminat mereka di mana peminat yang sukakan tudung akan melihat post tersebut terlebih dahulu berbanding peminat-peminat FB Page Zalora yang lain.

Baca: Kajian Kes – 33 Strategi & Teknik Pemasaran Zalora

#2 – Audience Restrictions

audience-restrictions

Fungsi ini serupa dengan fungsi Interest Targeting sebelum ini di mana pemilik FB Page boleh meletakkan syarat-syarat tertentu pada post mereka.

Sebagai contoh, jika Dominos Pizza cawangan Kuantan akan membuat promosi beli 2 pizza dapat 1 pizza percuma pada hujung bulan ini, Dominos Pizza boleh meletakkan ‘Kuantan’ di ruang Locations (Includes) di atas.

Ini bermakna, hanya peminat-peminat FB Page Dominos Pizza yang berada di sekitar Kuantan sahaja akan melihat post di Facebook Page mereka itu. Peminat-peminat Dominos Pizza di kawasan lain tidak akan melihat post tersebut sama sekali.

#3 – Audience Insights

audience-insights

(klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas)

Fungsi ini pula adalah fungsi ekstra di bahagian Page Insights di mana pemilik FB Page boleh melihat kadar capaian (reach) dan kadar klik (click rate) sesuatu post mereka di mana mereka boleh melihat dengan lebih terperinci kumpulan prospek manakah yang paling ramai berjaya dicapai dan kadar peratusan klik pada sesuatu pautan di post mereka berdasarkan minat prospek mereka.

Data seperti ini boleh membantu bisnes-bisnes di Facebook untuk memahami peminat mereka dengan lebih terperinci berdasarkan minat mereka.

Cara Mengaktifkan Audience Optimization

facebook-audience-optimization

(klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas)

Untuk menggunakan fungsi Audience insights ini, ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke FB Page anda dan klik Settings
  2. Klik pada tab General di sebelah kiri
  3. Klik pada ruang Audience Optimization for Posts dan klik pada checkbox yang tersedia di ruang tersebut
  4. Klik butang Save Changes
  5. Selesai

Anda boleh belajar lebih lanjut tentang Audience Optimization di sini.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares