Fungsi Carian Gambar Berdasarkan Gambar Diperkenalkan Di Pinterest

Kadang-kadang, kita terlihat sesuatu yang menarik dan kita mahu mencarinya di Internet. Tetapi, kita tidak tahu akan nama sebenar barang yang mahu kita cari itu.

visual-search-pinterest

Bagi anda yang menggunakan Pinterest, mereka baru-baru ini mengumumkan satu fungsi baru di laman web mereka dinamakan sebagai Visual Search.

Dengan menggunakan tool baru ini, pengguna boleh klik dan pilih pada sesuatu barang di dalam gambar untuk membuat carian lebih mendalam tentang barang tersebut.

visual-search-result-pinterest

Seperti dalam contoh di atas, apabila pengguna memilih lampu tersebut, Pinterest secara automatik akan membuat carian gambar-gambar yang hampir serupa dengan lampu tersebut.

Hasil daripada keputusan carian ini, pengguna akan tahu nama barangan tersebut, siapa yang menjualnya dan di mana lokasi untuk mendapatkan barang tersebut.

Kami melihat fungsi ini sebagai satu fungsi yang cukup bagus khususnya bagi bisnes-bisnes yang menjual produk-produk yang sukar didapati di pasaran dan hanya boleh didapati secara eksklusif / tempahan khas sahaja.

Jika anda menjual produk fizikal, belajar cara menggunakan Pinterest untuk mempromosikan bisnes sekarang.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares