Kini Anda Boleh Membina Iklan Di Instagram Tanpa Akaun Instagram

Pada akhir bulan September lepas, Instagram secara rasmi membuka platform pengiklanan mereka kepada semua bisnes.

Namun begitu, pada waktu itu Instagram mewajibkan bisnes yang mahu membina iklan di platform mereka itu supaya memiliki akaun Instagram.

instagram-ads

Perkara itu kurang disenangi oleh beberapa jenama atas sebab-sebab seperti:

  1. Mereka memang tiada lagi akaun Instagram.
  2. Mereka tiada masa untuk uruskan akaun Instagram.
  3. Mereka tiada masa untuk membina pengikut (tribe) di Instagram.

Atas sebab-sebab di atas, Instagram kini melonggarkan syarat pengiklanan mereka di mana kini pemilik bisnes tidak diwajibkan mempunyai akaun Instagram untuk beriklan di platform tersebut.

Menurut Instagram:

No, an Instagram account is recommended but not required to run ads on Instagram.

Pun begitu, 3 perkara harus anda tahu jika anda mahu beriklan di Instagram tanpa mempunyai akaun Instagram:

  1. Nama Facebook Page anda digunakan sebagai ganti nama akaun Instagram di dalam iklan tersebut.
  2. Anda tidak boleh respond kepada komen-komen yang diterima di iklan tersebut.
  3. Jika nama Facebook Page anda terlalu panjang, Instagram akan mengehadkannya kepada beberapa aksara tertentu sahaja dan aksara selebihnya akan digantikan dengan tanda “…”.

Jika anda mahu belajar cara membuat iklan di Instagram dengan atau tanpa akaun Instagram, rujuk video di bawah:

Atau, jika anda lebih suka panduan bertulis langkah-demi-langkah menggunakan Power Editor, klik sini.

Kredit foto: realadventure.

Minat Nak Belajar Instagram Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Instagram secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Terima kasih tuan Zulhilmi atas info dengan cepat.

  2. Wah semakin longgar syarat-syarat yang dikenakan oleh Instagram terhadap pengiklanan.

Speak Your Mind

*

Shares