Google Memperkenalkan Iklan ‘Trial Run’ – Membolehkan Aplikasi Dicuba Dalam 60 Saat

Salah satu jenis kempen yang boleh dibuat di Google AdWords adalah kempen mobile app install. Melalui kempen ini, pembangun aplikasi boleh mempromosikan aplikasi mereka di Google Search, blog-blog dan juga di dalam Google Play.

Namun, tidak semua pengguna yang memuat turun aplikasi tersebut menggunakannya. Ini adalah satu kerugian kepada pembangun kerana mereka telah menghabiskan wang untuk membuat iklan tetapi mendapat prospek yang tidak berkualiti sama sekali.

Terbaru dari Google, mereka mengumumkan satu jenis iklan baru dinamakan sebagai ‘Trial Run’ di mana melalui iklan tersebut, prospek boleh mencuba sesebuah aplikasi tanpa perlu memuat turunnya ke dalam telefon selama 60 saat atau kurang.

google-trial-run-ads

Wakil dari Google berkata:

We found that 1 in 4 apps is never even used, and there’s often this ‘try once’ experience, and then [the app is] never used again.

Ini bermakna, 25% peratus aplikasi yang dimuat turun tidak digunakan dan ‘terbiar’ di dalam telefon pengguna. Ia amat menyedihkan.

Dengan adanya iklan jenis ‘Trial Run’ ini, para pembangun boleh menapis prospek-prospek baru mereka. Hanya mereka yang benar-benar serius dan suka sahaja akan memuat turun aplikasi yang telah mereka cuba selama 60 saat itu.

Iklan jenis ‘Trial Run’ ini masih dalam fasa percubaan dan hanya tersedia kepada beberapa pembangun aplikasi sahaja buat masa ini.

Sumber gambar: TechCrunch.

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares