Google Mula Mengindeks Halaman HTTPS Terlebih Dahulu Berbanding HTTP

Jika pada tahun lepas Google mengumumkan bahawa HTTPS adalah salah satu daripada ranking factor mereka, terbaru mereka mengumumkan satu lagi berita yang berkait dengan HTTPS.

google-https

Dalam pengumuman terbaru tersebut, Google mengatakan yang mereka akan memberi indexing priority kepada laman web yang menggunakan HTTPS berbanding kebanyakkan laman web yang menggunakan HTTP.

Indexing priority di sini bermaksud, jika sebuah laman web menggunakan kedua-dua protokol HTTPS dan HTTP di laman web mereka, hanya versi HTTPS akan diindeks dan dipaparkan di Google Search.

By showing users HTTPS pages in our search results, we’re hoping to decrease the risk for users to browse a website over an insecure connection and making themselves vulnerable to content injection attacks.

Perubahan yang dilakukan Google ini adalah bertujuan bagi melindungi pengguna mereka di mana kini banyak kes-kes pencerobohan data berlaku. Dengan menyediakan versi HTTPS kepada pengguna, sesi pelayaran dan data mereka lebih selamat daripada diceroboh.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Nampaknya kena buat perubahan pada http kepada https. Pasti banyak kelebihannya berbanding yang terdahulu.

  2. Hai Zulhilmi,
    Adakah tapak web kita yang sedia ada perlu berpindah ke “https:” juga untuk kebaikan?

    • Zulhilmi Zainudin says:

      HTTPS ini bagus jika website kita ada melibatkan data sensitif seperti nombor kad kredit pelanggan dan sebagainya. Tak perlu HTTPS jika tiada sebarang data sensitif disimpan.

  3. Boleh ubah http kepada https kat cpanel kan? Ke camne?

    • Zulhilmi Zainudin says:

      Boleh contact web hosting. Mereka akan cadangkan tuan untuk beli SSL dan selepas itu mereka akan pasangkan untuk tuan.

  4. info yang menarik…akan dipraktikkan info nie nmpk menarik bila ada https dan warna hijau di browser tue…t.kasih tuan…

Speak Your Mind

*

Shares