Viewable CPM (vCPM), Metrik & Caj Baru AdWords Untuk Kempen Google Display Network

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Google pada tahun 2014, sebanyak 56% iklan di laman web (display ads) tidak berpeluang langsung untuk dilihat oleh prospek semasa ianya dipaparkan.

iklan banner tidak dilihat

Ini memberi petanda bahawa bayaran yang dibuat oleh pengiklan mengikut format CPM (Cost per 1,000 impressions) sudah tidak relevan dengan situasi sekarang, dan Google sendiri telah menyedari perkara tersebut.

Dan bermula daripada minggu lepas, Google telah mengumumkan bahawa caj bagi pengiklanan di Google Display Network (GDN) sudah diubah daripada CPM kepada vCPM, dimana pengiklan hanya akan dicaj apabila iklan mereka benar-benar dilihat oleh prospek.

Seperti yang anda boleh lihat semasa hendak melancarkan iklan GDN,  pilihan bidaan unutk CPM sudah digantikan dengan viewable CPM:

vCPM AdWords

Definisi yang digunakan oleh Google bagi iklan yang benar-benar dilihat prospek adalah iklan tersebut mestilah sekurang-kurangnya 50% dipaparkan di skrin prospek selama 1 saat.

Melalui cara baru ini, pengiklan boleh sekurang-kurangnya memastikan bahawa iklan mereka dilihat oleh prospek – dimana ianya penting di dalam memastikan kempen “brand awareness” mereka benar-benar berkesan.

Kredit imej: https://viewability.withgoogle.com/static/index.html

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares