Bagaimana Uber & MyTeksi Bersaing di Google?

Salah satu soalan kegemaran dari peserta-peserta seminar dan bengkel kami berbunyi begini:

Bolehkah kita target nama pesaing kita sebagai kata kunci di AdWords?

Untuk menjawab soalan ini, saya suka untuk ambil 2 nama besar berikut sebagai contoh: Uber dan MyTeksi (GrabTaxi).

uber-myteksi

Kedua-dua syarikat ini menyediakan servis yang sama, on-demand private driver. Mereka membantu orang ramai bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mobile app mereka.

Saya tidak bercadang untuk ulas servis kedua-dua syarikat ini. Cukup untuk anda tahu di sini, saya guna dan selesa menggunakan kedua-duanya.

Target Nama Pesaing di AdWords, Keluar di Google

Mari kita lihat 2 screenshot di bawah ini.

uber-myteksi-adwords

Dalam screenshot pertama, kata kunci yang digunakan adalah “uber”. Dalam screenshot kedua pula, kata kunci yang digunakan adalah “myteksi”.

Jadi, jawapan mudah kepada soalan di atas adalah, boleh. Tetapi, bersyarat.

Syaratnya mudah sahaja:

Jangan sebut nama pesaing.

Lihat bagaimana Uber dan MyTeksi menulis ayat iklan mereka. Sedikit pun mereka tidak sebut nama pesaing mereka. Uber tidak sebut nama MyTeksi, MyTeksi tidak sebut nama Uber.

3 Perkara Yang Anda Boleh Belajar Dari Pertarungan Uber Dan Myteksi Ini

#1 – Fokus pada nilai. Lihat ayat yang digunakan oleh Uber “…Pay Via Your Phone” dan MyTeksi “Safe, Fast, Certain Way to Get Taxi…“.

Walaupun produk yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat ini adalah sama (pengangkutan), cara mereka mempersembahkan kelebihan dan nilai produk mereka sangat berbeza.

#2 – Landing page spesifik. Lihat bagaimana MyTeksi cuba mempromosikan 2 produk mereka: GrabCar (screenshot 1) dan MyTeksi (screenshot 2). Lihat URL di bawah tajuk iklan.

MyTeksi membuat landing page yang spesifik untuk setiap produk mereka. Landing page yang spesifik akan meningkatkan lagi potensi tempahan baru dibuat.

#3 – Guna jenama kita sebagai keyword tidak bermakna kita di atas. Lihat screenshot 2. Kata kunci carian adalah “myteksi”. Tetapi, adakah anda perasan yang iklan Uber berada di atas?

Perkara ini adalah normal dan biasa berlaku di AdWords. Ada pelbagai faktor yang menentukan position sesuatu iklan di Google. Antara yang mustahak adalah relevancy landing page.

Jika bisnes anda berada dalam industri yang mempunyai persaingan hebat di Google, fokus pertama anda bukan pada iklan. Anda harus pastikan landing page yang akan anda gunakan di AdWords itu nanti betul-betul relevan dengan tajuk dan ayat iklan AdWords anda tersebut atau tidak.

***

Kami harap dengan mengambil Uber dan MyTeksi ini sebagai contoh, ia boleh membantu anda memahami maksud yang cuba kami sampaikan dengan lebih mudah.

Kepada para alumni seminar dan bengkel Prospek Digital, terima kasih di atas soalan anda. Kami suka soalan anda. ?

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares