Format Iklan Carousel Kini Tersedia di Instagram

Beberapa minggu yang lepas kita sudah boleh menggunakan platform pengiklanan Instagram yang dibuka aksesnya kepada umum, kali ini melalui Instagram ads, kita juga boleh menggunakan format iklan carousel:

iklan carousel instagram

Melalui blog rasmi Instagram for Business, pihak Instagram telah mengumumkan bahawa format iklan terbaru ini sudah boleh digunakan melalui platform Facebook Power Editor, manakala bagi platform Ads Manager, ianya akan mula dilepaskan dalam beberapa minggu akan datang.

Semakan kami di platform Facebook Power Editor mengesahkan bahawa format iklan ini sudah tersedia:

power editor iklan instagram

Buat anda yang sudah mula menggunakan pengiklanan Instagram, sekarang adalah masa yang terbaik untuk mencuba format iklan terbaru ini, yang mana biasanya kos pengiklanannya lebih murah memandangkan persaingan untuk mendapatkan “eyeballs” prospek adalah lebih rendah.

Minat Nak Belajar Instagram Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Instagram secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. Dah try untuk carousel tapi tak jadi outputnya. Single image je iklannya.

Speak Your Mind

*

Shares