Google Sedang Menguji 4 Iklan Di Atas Keputusan Carian Mereka?

Mengikut polisi Google yang dipaparkan di laman ini, secara jelas dinyatakan adalah hanya 3 iklan sahaja maksimum yang akan dipaparkan di posisi atas keputusan carian organik Google:

hanya 3 iklan di top search result

Ini bermakna, sekurang-kurangnya satu daripada keputusan carian organik (posisi pertama) akan berpeluang untuk dilihat dalam paparan “above the fold” bagi setiap keputusan carian Google (bergantung kepada saiz skrin prospek).

Namun, sejak kebelakangan ini, pihak kami acap kali “terserempak” dengan keputusan carian yang mengandungi 4 iklan di bahagian atas keputusan carian (bagi platform desktop), seperti contoh imej dibawah:

4 iklan di SERP

Kami cuba mendapatkan jawapan dengan melakukan semakan silang dengan mana-mana sumber autoriti, namun tiada pengesahan dapat dibuat, samada ini hanyalah ujian Google ataupun sudah dilaksanakan secara rasmi.

Jika ianya benar-benar berlaku, boleh jadi ianya satu berita yang kurang menyenangkan kepada mereka yang bergantung kepada keputusan carian organik (SEO) semata-mata untuk mendapatkan prospek ke laman web mereka, kerana sudah pastinya ranking pertama laman mereka akan “ditolak” lebih kebawah untuk diberi laluan kepada iklan AdWords.

 

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares