Google Melepaskan Panduan “Search Quality Rating”

Di dalam menentukan ranking sesebuah laman di keputusan carian organik mereka, Google tidak bergantung kepada kemampuan ‘machine learning’ melalui algoritma sahaja.

Google juga pada masa yang sama mendapatkan maklumbalas daripada pengguna sebenar mereka, yakni melalui program penilaian kualiti carian.

Melalui program tersebut, penilai akan memberi kadaran mereka mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Google.

google search quality rating guidelines

Dan pada kebiasaanya, maklumat yang digunakan di dalam program penilaian kualiti carian ini akan dirahsiakan (supaya ianya tidak terlepas kepada mereka yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan aktiviti SEO), namun kini Google telah membuat keputusan untuk berkongsi panduan tersebut kepada umum.

Anda boleh muat turun panduan setebal 160 muka surat disini:

Panduan Google Search Quality Rating

Melalui panduan ini, anda boleh mempelajari bagaimana Google menetapkan penilaian terhadap laman-laman web supaya ianya mesra kepada pengguna mereka, sekaligus mengaplikasikan perkara yang sama terhadap laman web bisnes anda.

Kredit imej: Kandungan di dalam panduan Google Search Quality Rating

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares