Google Lancar Antaramuka Baru Bagi Keputusan Carian di Tablet

Jika sebelum ini keputusan carian Google bagi peranti tablet adalah hasil kombinasi antaramuka peranti desktop & telefon pintar, kini Google telah melancarkan antaramuka baharu secara senyap & tanpa sebarang pengumuman rasmi:

google-tablet-search-nov2015

Dan jika dilihat, antaramuka ini adalah lebih mirip kepada rekabentuk hasil carian Google di peranti telefon pintar.

google-tablet-search-nov2015-2

Mengikut pengalaman kami, setiap kali kemaskini baru dibuat bagi antaramuka yang memaparkan iklan (dalam kes ini, ianya adalah iklan “search ads“), prestasi iklan juga akan mendapat impak samada positif atau negatif.

Contoh impak yang paling biasa dialami adalah dari segi kenaikan mahupun penurunan kadar klik kepada iklan (CTR – Click Through Rate) sejurus selepas antaramuka baru ini dilancarkan.

Jadi jika anda mempunyai kempen iklan search ads & menyasarkan prospek yang menggunakan peranti tablet, jika terdapat perubahan dalam masa seminggu dua ini, kemungkinan besar ianya datang daripada perubahan antaramuka ini.

Kredit: googlesystem

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. Menariklah antarMuka google search yang di paparkan di tablet.

Speak Your Mind

*

Shares