Facebook Secara Beransur Memperkenalkan Opsyen Baru Optimisasi & Cara Bayaran Iklan

Jika anda menggunakan Facebook Ads sebagai salah satu cara mendapatkan prospek di Facebook, sudah tentu anda akan perasan dengan perubahan baru yang diperkenalkan oleh Facebook beberapa minggu terdekat.

Dan perubahan baru tersebut adalah, bagaimana anda dicaj akan berbeza dengan bagaimana iklan anda akan dioptimasikan oleh Facebook.

Ini bermakna, dengan pengenalan opsyen terbaru ini adalah perlu membuat 3 keputusan berbeza semasa hendak melancarkan sesuatu kempen pengiklanan di Facebook ads, iaitu:

  1. Objektif kempen pengiklanan anda;

  2. Bagaimana iklan anda akan dioptimasikan oleh Facebook;

  3. Bagaimana iklan anda dicaj.

Mengambil satu contoh, bagi sebuah kempen pengiklanan yang memilih “page post engagement” sebagai ojektif, anda akan diberikan tiga pilihan bagaimana iklan anda akan dioptimasikan:

Screen Shot 2015-11-27 at 10.28.39 PM

Selepas memilih bagaimana iklan anda akan dioptimasi, anda perlu memilih opsyen bayaran, samada automatik mahupun manual:

opsyen bayaran

Seterusnya anda perlu memilih bagaimana iklan anda akan dicaj, dimana anda akan mempunyai 2 pilihan iaitu:

bagaimana iklan dicaj

Dan serentak dengan pengenalan opsyen terbaru ini, Facbeook juga telah mengemaskini laman bantuan mereka beserta rekomendasi bagi setiap jenis kempen, khas buat anda yang mahukan “jalan pintas” di dalam melancarkan iklan anda dengan opsyen terbaru ini:

panduan facebook ads

Anda boleh rujuk laman tersebut disini:

https://www.facebook.com/business/help/675615482516035

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares