Lebih Separuh Jumlah Carian Di Google Kini Dari Mobile

Selepas pengumuman rasmi tentang laman web mobile-friendly akan diberikan kedudukan (ranking) lebih tinggi di Google, hari ini Google mengumumkan bahawa lebih dari separuh jumlah carian di Google kini datang dari pengguna peranti mudah alih (mobile).

google-mobile

Pengumuman itu dibuat oleh senior VP Google, Amit Singhal. Sebelum ini, Google telah mengumumkan bahawa jumlah carian mobile sudah melangkaui jumlah carian dari desktop (komputer).


Dengan label khas “mobile friendly” yang kini tersedia di Google Search, pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu membuka laman web yang selesa untuk dibaca atau laman web yang carca merba.

Bagi anda yang menjalankan bisnes secara online dan menggunakan laman web atau blog, kami menasihatkan agar anda segera menukar laman web atau blog anda menjadi mobile-friendly.

Jika anda menggunakan WordPress, anda boleh rujuk tutorial ini untuk belajar bagaimana caranya untuk menjadikan laman WordPress anda mobile-friendly dengan mudah.


Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares