Facebook Canvas – Platform eCommerce Dalam Facebook Akan Dilancarkan

Jika sebelum ini Twitter pernah berkongsi idea mereka untuk membawa elemen eCommerce secara terbina di dalam aplikasi Twitter rasmi mereka, kini Facebook juga sedang dalam usaha yang serupa.

fb-canvas

Dinamakan sebagai Facebook Canvas, ia akan berfungsi lebih kurang seperti Facebook Instant Articles di mana pengguna yang melihat sesuatu iklan di Facebook tidak akan dibawa terus ke laman web atau blog sesebuah bisnes.

Sebaliknya, mereka akan dihidangkan dengan gambar dan informasi berkaitan produk tersebut secara pantas dan segera. Kandungan ini dibawa dan disediakan oleh Facebook.

Apabila pengguna berminat untuk membeli sesuatu produk, mereka boleh klik pada butang “Beli” untuk membuka laman web bisnes tersebut dan melengkapkan tempahan.

fb-shop

Facebook sebelum ini mengemaskini aplikasi mereka di mana memfokuskan kepada Pages. Dalam kemaskini tersebut, satu tab baru bernama “Shop” diperkenalkan dan ia hanya dapat dilihat oleh beberapa jenama popular sahaja buat masa ini.

fb-shopping

Bersama-sama dengan ujian Facebook Canvas ini, mereka juga menguji satu sub-menu baru dalam aplikasi mereka yang dinamakan sebagai “Shopping” di mana apabila pengguna klik padanya, mereka akan melihat produk-produk berkaitan dari bisnes-bisnes lain. Ia seperti tab “Explore” di aplikasi Instagram.

Facebook Canvas masih dalam fasa ujian di US. Mungkin selepas ini kita akan melihat Facebook akan mula meminta alamat dan nombor kad kredit kita di Facebook seperti apa yang telah dibuat oleh Twitter di aplikasi mereka bagi memudahkan bisnes menerima bayaran dan menghantar produk kepada pembeli.

Apa Maksudnya Kepada Bisnes Anda?

Oleh kerana Facebook Canvas ini berfungsi lebih kurang sama seperti Facebook Instant Articles di mana segala kandungan yang dipaparkan di dalam aplikasi Facebook itu datang daripada laman web atau blog sesebuah jenama, ia bermaksud laman web dan blog adalah satu kemestian yang perlu ada oleh setiap bisnes yang mahu menggunakan fungsi yang ditawarkan oleh Facebook Canvas ini kelak.

Facebook Canvas hanya membantu memperbaiki pengalaman pengguna (user experience) prospek yang berminat untuk membeli sesuatu produk dan mengetahui maklumat lanjut mengenainya dengan lebih pantas, kemas dan konsisten.

Ini kerana, pengguna internet semakin sibuk dari hari ke hari dan tempoh minat (interest span) mereka terhadap sesuatu produk sudah semakin singkat. Speed is money. ?

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Bagus ni. Boleh tambah sales dengan function yang ada nanti . Tapi ni masih belum release kan?

Speak Your Mind

*

Shares