Video: Cara Guna Pinterest Untuk Promosi Bisnes

Salah satu laman perkongsian gambar popular selain Instagram adalah Pinterest. Kelebihan utama Pinterest berbanding Instagram adalah platform tersebut bersifat terbuka di mana pengguna tidak perlu mendaftarkan diri mereka untuk menggunakan servis tersebut.

Kelebihan Pinterest

#1 – Dari sudut SEO, perkara ini bagus kerana Google tidak boleh mengindeks (crawl) kandungan di laman web yang memerlukan pengguna memasukkan emel dan kata laluan mereka seperti Instagram. Google cukup suka dengan laman web dan blog yang bersifat ‘terbuka’ seperti Pinterest.

#2 – Dari sudut jumlah pengguna aktif pula, Pinterest amat popular dalam kalangan pengguna wanita. Menurut pihak Pinterest, kategori paling popular di Pinterest adalah makanan dan fesyen!

#3 – Dari sudut bisnes, kami melihat Pinterest mempunyai potensi yang besar untuk membantu bisnes khususnya bisnes berkonsepkan eCommerce. Pinterest baru-baru ini memperkenalkan butang beli di laman web mereka untuk melancarkan lagi proses jual beli di platform mereka itu.

Tak Tahu Guna Pinterest?

Ada 2 perkara penting yang perlu anda faham terlebih dahulu sebelum menggunakan Pinterest.

#1 – Pin

Pin adalah post. Ia seperti status update kita Facebook dan tweet kita di Twitter. TETAPI, ia dalam bentuk gambar. Dan, paling menarik, kita boleh letakkan pautan di gambar tersebut.

Dalam bahasa mudah, kita boleh juga katakan Pin ini sebagai visual bookmark. Apa sahaja yang kita jumpa di Internet dan kita rasa menarik, kita boleh pin sahaja di akaun Pinterest kita untuk rujukan di kemudian hari.

Sekarang sudah faham apa itu Pin?

Sila tonton video ini untuk melihat cara-cara membuat Pin:

pinterest-browser-button

Tip: Anda juga install Pinterest Browser Button untuk Chrome ini bagi memudahkan anda untuk membina Pin dari laman web dan blog yang anda lawati.

#2 – Board

Perkara kedua adalah Board. Ia seperti photo album kita di Facebook. Anda boleh letakkan Pins di dalam Board. Contoh, anda membina board bernama Travel dan di dalam board tersebut, anda boleh letakkan semua Pins berkaitan travel di dalamnya.

Cukup mudah untuk difahami?

Sekarang, tonton pula video ini untuk melihat bagaiaman caranya untuk membuat Board di Pinterest. Beliau juga ada kongsikan tips bagaimana caranya untuk menggunakan Board dengan efektif untuk membantu bisnes anda.

Cara Promosi Bisnes Di Pinterest

Sebelum kita teruskan, sila tonton video ini terlebih dahulu:

Belajar sesuatu?

Bagus!

Kunci utama yang perlu anda faham tentang Pinterest adalah, ia bukan laman eCommerce seperti Ebay. Ia adalah social networking site.

Pengguna masuk ke Pinterest kerana mahu bersosial, mencari inspirasi, bersantai dan relaks. Oleh itu, anda tidak seharusnya melakukan hard selling di Pinterest seperti meletakkan gambar produk dan harganya secara terus dan mengharapkan jualan akan berlaku.

Sebaliknya, anda seharusnya menjadikan Pinterest sebagai ‘jambatan’ antara prospek dan laman web atau blog anda.

Contohnya, anda menjual produk untuk orang-orang yang sukakan aktiviti luar dan lasak seperti berkhemah dan mendaki gunung.

Anda boleh bina Board khas berkaitan camping dan hiking. Dan di dalam Board tersebut, letakkan Pin berkaitan seperti:

  • lokasi-lokasi menarik dan cantik untuk dilawati
  • gambar produk anda yang sedang digunakan di tapak perkhemahan atau ketika pendaki mendaki gunung
  • gambar pendaki yang sedang tidur keletihan di atas sleeping bag yang anda jual

Dan, jangan lupa untuk letakkan pautan di setiap Pin tersebut supaya apabila prospek klik pada Pin tersebut, mereka akan terus masuk ke laman web dan blog anda untuk melihat dan membeli produk anda.

Selamat mencuba! ?

Kredit: Pinterest for Business.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Terima kasih tuan, info bermanfaat..

  2. oh kawan belum pernah cuba lagi nak menjual dekat pinterst, nak guna pu tak berapa pandai

  3. Terima kasih atas perkongsian ini, mmg pernah guna cuma belum mahir..

Speak Your Mind

*

Shares