Twitter Ads Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Setelah sekian lama platform pengiklanan oleh Twitter dilancarkan di negara lain, kini para pengiklan di Malaysia sudah boleh mengakses platform Twitter Ads secara rasmi.

Perkara ini disahkan oleh Twitter sendiri melalui blog mereka di mana kini mereka telah membuka Twitter Ads kepada lebih 200 buah negara dan Malaysia adalah salah satu daripadanya.

twitter-ads

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Twitter Ads?

Dari segi pemilihan target audience, ia tidak begitu jauh dengan Facebook Ads di mana anda boleh meletakkan targeting settings berdasarkan:

  • Lokasi
  • Jantina
  • Bahasa
  • Platform operasi dan peranti pengguna
  • Kata kunci (contoh: #kipidap)
  • Minat prospek (contoh: memasak)
  • Follower kepada sesebuah akaun
  • Dan beberapa lagi pilihan lain

Dari segi jenis iklan pula, pengiklan boleh menggunakan Twitter Ads untuk tujuan:

  • Tweet teks: Website clicks
  • Tweet teks: Lead generation (kumpul senarai prospek)
  • Tweet video
  • Tweet bergambar
  • Tweet mempromosikan akaun sendiri (untuk menambah jumlah follower)

Masa Depan Twitter Ads

Kami di Prospek Digital melihat langkah terbaru Twitter dalam memperkenalkan platform Twitter Ads mereka ini kepada lebih banyak negara sebagai satu langkah yang baik.

Dengan maklumat kad kredit dan alamat pengeposan pengguna yang kini disimpan di dalam bahagian Account Settings setiap pengguna, tidak mustahil Twitter akan hadir dengan ‘in-app-eCommerce’ mereka sendiri.

Dalam kata yang lain, kita mungkin akan melihat fungsi di mana pengguna Twitter boleh membeli sesuatu barang secara terus melalui aplikasi Twitter tidak lama lagi tanpa perlu melawat laman web sesuatu bisnes atau menghubungi pemilik bisnes melalui telefon atau WhatsApp lagi untuk menempah barang.

Dan, pemilik bisnes pula boleh memasarkan produk mereka dengan lebih mudah di Twitter menggunakan platform Twitter Ads yang baru dilancarkan ini.

Pengalaman Saya Menggunakan Twitter Ads

twitter-ads-prospek-digital

Beberapa bulan lepas (ketika Twitter Ads masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia), saya dijemput untuk mencubanya (klik gambar di atas untuk versi yang lebih jelas).

Apa yang boleh saya katakan daripada kempen Twitter Ads pertama saya itu adalah, kos iklan di platform tersebut untuk pasaran Malaysia masih dikira rendah.

Dari segi hasil, engagement rate yang saya perolehi juga begitu memberangsangkan.

Engagement rate di Twitter Ads adalah reply, retweet, favourite, link clicks and media view (foto & video).

Twitter adalah satu platform yang sesuai jika produk bisnes anda adalah untuk Gen Y. Dengan kadar penurunan pengguna Facebook dalam kalangan Gen Y yang begitu ketara tahun demi tahun, Twitter adalah satu platform alternatif untuk anda ‘sampai’ kepada mereka.

Minat Nak Belajar Twitter Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Twitter secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Saya juga telah mencuba Twitter Ads.

    Dari segi perbandingan harga, ianya agak kompetitif.

    Bagus untuk fokus kepada market gen-y.

    • Zulhilmi Zainudin says:

      Benar tuan. Saya setuju dengan tuan. Twitter adalah salah satu alternatif yang bagus untuk bisnes di Malaysia untuk reach Gen Y.

  2. maaf bertanya tuan,
    jika dibandingkan secara umum, kos per klik/impression/action mana yang lebih murah pada waktu ini? Facebook atau Twitter Ads?

Speak Your Mind

*

Shares