Google Display Network: Iklan Teks Kini Secara Automatik Menjadi Iklan Imej

Salah satu bentuk iklan yang diterima di platform pengiklanan Google Display Network (GDN) adalah iklan berbentuk teks. Selain itu, iklan berbentuk gambar (banner ads) dan video juga boleh digunakan (YouTube Ads).

Terbaru dari Google, mereka mengumumkan bahawa iklan jenis teks kini akan ditukar secara automatik ke iklan jenis imej. Jenis iklan terbaru ini dinamakan sebagai Richer Text Ads.

gdn-rich-text-ads

Melalui format terbaru ini, Google mengambil kira beberapa faktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada akan menukar sesebuah iklan teks tersebut ke format baru itu ataupun tidak.

Antara faktor yang mereka lihat adalah:

  • CTR
  • Conversion untuk setiap RM/USD (bergantung kepada matawang yang digunakan)
  • Conversion rate keseluruhan iklan

gdn-text-image-ads

Dari segi teknikal, Google akan mengambil default picture (profile photo) akaun Google+ pengiklan dan seterusnya memadankan warna-warna yang sesuai untuk iklan tersebut berdasarkan daripada warna logo yang mereka temui di Google+.

Jika tiada akaun Google+ dijumpai, mereka akan menggunakan ikon-ikon yang bersesuaian dengan konteks keseluruhan iklan. Google mengatakan yang mereka akan membenarkan pengiklan memuatnaik gambar iklan mereka sendiri kelak.

Dari segi laporan prestasi iklan pula, Google meletakkan format iklan terbaru ini sebagai rich media di dalam laporan untuk setiap iklan (Ad).

Apa kata anda?

Kami berpendapat bahawa format baru ini akan membantu pengiklan meningkatkan lagi CTR iklan-iklan mereka. Iklan yang mempunyai CTR yang tinggi berpotensi mendapat cost-per-click (CPC) yang rendah. Dalam kata lain, lebih tinggi CTR, lebih rendah kita bayar Google.

Pun begitu, ia hanyalah andaian dan ramalan kami sahaja. Ia mungkin meleset sama sekali, bergantung kepada algorithm di sebalik Google AdWords itu sendiri. Apa pula kata anda tentang berita ini? ?

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares