Instagram Akan Melancarkan Fungsi Pengiklanan Kepada Semua Bisnes Bermula 30 September

Setelah sekian lama kita mendengar desas desus mengenai Instagram Ads, kini mereka telah mengeluarkan kenyataan rasmi di mana platform pengiklanan mereka akan dilancarkan kepada semua pemilik bisnes pada 30 September ini.

instagram-ads

Instagram bakal membuka platform pengiklanan mereka kepada semua pemilik bisnes serata dunia secara serentak.

Dari segi teknikal, Instagram Ads akan berfungsi lebih kurang sama seperti Facebook Ads di mana pemilik bisnes boleh menyasarkan iklan mereka berdasarkan kepada demografi dan minat prospek mereka.

Sebagai contoh, pihak Adidas dan Nike boleh memilih untuk hanya memaparkan iklan mereka kepada pengguna Instagram yang hanya meminati sukan sahaja.

Antara call-to-action yang bakal tersedia kelak dalam Instagram Ads adalah:

  • Shop Now (sesuai untuk eCommerce)
  • Learn More (sesuai untuk membawa prospek ke website/blog)
  • Install Now (sesuai untuk aplikasi)

Selain dari gambar bersegi empat tepat, Instagram Ads juga akan membenarkan pengiklan menggunakan gambar bersaiz penuh (portrait / landscape). Fungsi tersebut sudah tersedia dalam versi terkini aplikasi mereka. Selain itu, Instagram Video juga boleh digunakan sebagai iklan.

Instagram juga mengatakan mereka akan melancarkan sebuah aplikasi khusus bernama Marquee untuk membantu pengiklan mereka menguruskan kempen-kempen iklan Instagram mereka dengan lebih mudah.

Apa kata anda?

Jadi, adakah anda gembira dan teruja dengan pengumuman terbaru dari Instagram ini? Adakah anda akan mencubanya nanti pada 30 September?

Kongsikan pendapat anda di bawah! ?

Minat Nak Belajar Instagram Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Instagram secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Akhirnya peluang beriklan di Instagram yang di nanti-nanti oleh ramai marketer. Jika buat iklan jangan buat iklan yang membazir

  2. Dari sudut Pemilik Bisnes mungkin akan suka dengan fungsi terbaru ini.

    Tapi dari sudut pengguna yang mengguna instagram yang kebanyakan daripada mereka golongan remaja,

    adakah mereka akan rasa rimas jika ads selalu keluar di timeline ig meraka seperti fb? atau sebaliknya?

    Kita nantikan dalam 5-10 tahun akan datang hehe.

    Sekadar persoalan sahaja 🙂

  3. Adakah kena bayar Instagram Ads seperti juga Facebook Ads? Entah bagus ke tidak? Kita kena ambil tahu juga untuk memasarkan produk kita.

Speak Your Mind

*

Shares