YouTube Kini Tidak Lagi Memaparkan 301+ Views – Jumlah Views Kini Dalam Masa Nyata

Jika sebelum ini YouTube memaparkan “301+ Views” pada video-video trending yang baru dimuat-naik, kini mereka telah mengubah cara “Views” itu dikira dan dipaparkan.

Terbaru melalui tweet mereka, YouTube kini akan memaparkan jumlah “Views” dalam masa nyata (real time) di mana “Views” yang meragukan seperti yang datang dari bots akan ditapis dengan lebih pantas.

Berbeza dengan pendekatan sebelum ini dimana mereka menapis terlebih dahulu semua “Views” untuk mengetahui sama ada ianya tulen atau datang dari bots, kini proses tersebut dipendekkan dan dipercepatkan lagi.

youtube-301

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Pun begitu, YouTube masih lagi memantau “Views” yang meragukan dimana mereka akan review video-video yang mempunyai “Views” yang tidak normal.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares