Cara Jual Baja Pokok Bunga Di Internet

Salah seorang pembaca Prospek Digital menghantar emel berikut kepada saya:

Assalam tuan Zulhilmi,

Saya tidak mahir dalam marketing online. Saya sorang2 je nak mulakan jualan baja online secara berkesan. Harap tuan dapat bantu bagaimana cara marketing baja online?

Terima kasih.

Khairy

Kemudian saya membalas emel beliau dan bertanya semula baja apakah yang beliau cuba pasarkan itu.

Ini jawapan yang saya terima:

Assalam tuan..

Saya sebenarnya jual produk kawan saya. Baja tu kawan saya punya.

Baja tu ada tiga jenis:

A. Baja bunga – untuk pokok bunga akan berbunga dgn lebih lebat dan cantik

B. Baja sawit – untuk hasil buah sawit yg lebih lumayan dr biasa

C. Baja buah – pokok akan berbuah dgn lebih lebat dr biasa

Marketing selama ini kawan saya buat dgn beberapa rakan nya. Kawan saya ada kedai dan office sendiri di bkt beruntung rawang

cara jual baja pokok bunga di internet

Saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang pertanian. Namun, saya cuba bantu tuan Khairy ini dengan berkongsi sedikit tips pemasaran internet kepada beliau.

Ini jawapan saya:

Wsalam tuan Khairy,

Daripada 3 baja tersebut, saya nampak 2 macam ada pasaran di Internet:

1. Baja bunga
2. Baja pokok

Ok, untuk memudahkan tuan buat marketing untuk 2 baja ni di FB, tuan kena lebih spesifik dalam memasarkannya.

Maksud saya begini. Jika tuan hanya pasarkan “baja bunga”, ia agak sukar untuk tuan target prospek di FB.

Berbeza jika tuan ubah sedikit kepada “baja pokok bunga rose” contohnya. Atau, “baja pokok bunga orkid” contohnya.

Apabila tuan fokus begini, tuan akan lebih mudah untuk menulis ayat-ayat marketing (kita panggil sebagai copywriting) di FB nanti.

Contoh ayat yang sesuai:

“ANDA PEMINAT BUNGA ORKID?”

…penerangan ringkas produk…

1. masalah yang sering dihadapi pemilik bunga orkid
2. …
3. …

1. manfaat / rawatan oleh baja tuan untuk masalah #1
2. manfaat / rawatan oleh baja tuan untuk masalah #2
3. manfaat / rawatan oleh baja tuan untuk masalah #3

…tawaran harga…

…diskaun jika ada…

“testimoni pembeli” – nama dia, lokasi dia
“testimoni lagi” – nama, lokasi

…cara beli…

contoh:

SMS “BAJA POWER” ke 012-345 6789 untuk dapatkan diskaun RM20 dan pos percuma.

Untuk baja pokok pun tuan kena buat macam itu. Fokus pada satu pokok. Bila tuan fokus, ayat jualannya juga lebih fokus kepada golongan sasar (prospek) yang tertentu.

Bila mereka ini baca di FB, mereka akan cakap “eh, ini macam aku!”.

It’s ok jika tuan fokus pada kelompok kecil. Ia lebih mudah untuk dijual berbanding fokus pada semua golongan walaupun ia nampak lebih besar.

Untuk buat iklan di Facebook pula, tuan boleh target mereka-mereka yang punyai minat yang sama dengan prospek tuan. Contoh:

– gardening
– orchids
– rancangan TV berkaitan gardening
– selebriti TV berkaitan gardening
– majalah gardening

Untuk list ini, tuan kena buat research sedikit.

Once tuan dah selesai buat homework tersebut, tuan boleh rujuk tutorial di bawah ini:
http://www.prospekdigital.com/2014/11/tutorial-langkah-langkah-melancarkan-iklan-facebook-ads-pertama-anda/

Dalam tutorial tersebut tuan boleh belajar macamana caranya untuk setup iklan Facebook pertama tuan.

Saya harap emel ini membantu tuan. InsyaAllah.

***

Jika anda ada sebarang soalan seperti Tuan Khairy di atas, boleh emelkan kepada saya di alamat zulhilmi[at]prospekdigital[dot]com. Gantikan at dan dot dengan simbol.

Saya akan cuba jawab bila saya berkelapangan, insyaAllah. ?

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Aku rasa untuk produk tanaman nak guna FB Ads tak berapa efisen. Better target kepada Hungry Customer dengan fokus kepada SEO atau Adword. Kalau rajin promote di blog pertanian. Nak suruh aku promote kat blog pun boleh sebenar..hehe

  2. Banyak sebenarnya produk yang kita boleh jual, ia melingkupi semua barangan kecuali yang jenis air dan tidak berbekas. Teringin nak belajar dengan bro Zulhimi tentang emel marketing. he..he…

    Perkongsian yang menarik tenatang cara nak jual baja bunga di internet.

Speak Your Mind

*

Shares