Pinterest Memperkenalkan Butang “Beli” Secara Rasmi

Selepas desas desus yang kita dengar sebelum ini tentang Pinterest yang bakal hadir dengan butang “Beli”, akhirnya khabar angin itu sahih.

pinterest-buy

Kini, pengguna Pinterest boleh berjual beli dengan mudah. Para penjual boleh menyenaraikan produk mereka di Pinterest dan para pembeli boleh melihat, memilih dan membeli produk yang mereka mahu tanpa perlu meninggalkan aplikasi itu.

Buat masa ini, fungsi ini diperkenalkan untuk pengguna di US yang menggunakan iPhone dan iPad sahaja dahulu. Dari segi kaedah bayaran, Pinterest dilihat memilih Apple Pay sebagai method pembayaran.

Bagi pengguna Android dan desktop, Pinterest mengatakan bahawa ia akan diperkenalkan sedikit masa lagi untuk versi yang akan datang.

Bagi pemilik bisnes berkonsepkan eCommerce, Pinterest juga kini bekerjasama dengan Shopify di mana kini Shopify memudahkan pengguna mereka untuk meletakkan produk-produk mereka di Pinterest.

Apa Maksudnya Ini Pada Bisnes Anda?

Pada pendapat kami, fungsi Buyable Pins yang diperkenalkan oleh Pinterest ini adalah satu fungsi yang sangat baik dan memudahkan kedua-dua pihak; pembeli dan penjual.

Kami yakin evolusi terbaru yang dibawakan oleh Pinterest ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pemain-pemain besar seperti Ebay, Amazon dan juga Instagram.

Jadi, adakah kita akan melihat fungsi yang sama di Instagram tidak lama lagi? Apa ramalan anda?

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares