Google Analytics Academy: Belajar Asas Google Tag Manager Secara Percuma

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh pemasar internet adalah menguruskan tracking scripts atau tracking pixels dari pelbagai servis seperti Facebook Ads, AdWords, Analytics dan sebagainya.

Skrip-skrip ini perlu dipasang terlebih dahulu pada laman web, landing page atau blog sebelum sebarang kempen pemasaran dimulakan.

Jika tidak dipasang dengan betul, data-data berharga seperti conversions tidak dapat dihantar ke servis-servis tersebut dengan betul.

google-tag-manager-academy

Menyedari akan hal tersebut, Google telah hadir dengan satu servis percuma dinamakan sebagai Google Tag Manager (GTM). Dengan GTM, anda hanya perlu memasang satu skrip sahaja di laman web, landing page atau blog anda.

Selebihnya, anda hanya perlu memasukkan skrip-skrip yang anda mahu gunakan melalui panel akaun GTM anda sahaja tanpa perlu memasukkannya satu-per-satu lagi ke bahagian kod sumber (source code) yang agak teknikal bagi sesetengah orang.

Bagi anda yang mahu mendalami ilmu berkaitan GTM ini dengan lebih mendalam, Google mengajak anda untuk mengikuti siri kelas maya mereka bertajuk Google Tag Manager Fundamentals. Pendaftaran adalah percuma sahaja. Daftar di sini sekarang.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Salam bro…boelhkah Google Tag Manager (GTM) di pasang di blogspot yang mengunakan default domain google blogspot? Moga dapat penjelasan yang terbaik.

    terima kasih.

Speak Your Mind

*

Shares