Google Mula Memaparkan Kandungan Dari Pinterest & Vine Dalam Bentuk Galeri

Google melakukan begitu banyak perubahan pada platform mobile tahun ini. Selepas membuat kenyataan rasmi tentang ranking sesebuah laman web yang mobile-friendly akan berada di kedudukan lebih baik di Google, hari ini mereka hadir pula dengan satu lagi pengumuman baru.

google-pinterest

Hampir sama dengan pengumuman berkaitan Tweet dari Twitter akan mula dipaparkan di Google, kini mereka mula memaparkan kandungan dari Pinterest dan Vine dalam bentuk galeri (carousel) di Google Search.

Keputusan Pantas

Langkah ini diambil bagi memudahkan lagi pengguna mereka yang mahukan keputusan yang lebih cepat tanpa perlu ke halaman kedua di Google.

Pengguna hanya perlu swipe ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan jawapan mereka. Menariknya, kandungan dari Pinterest dan Vine ini hadir dalam bentuk gambar dan bukan berbentuk pautan (link) semata-mata seperti keputusan dari laman web dan blog lain yang tersenarai di halaman yang sama.

Apa Maksudnya Ini Pada Bisnes Anda?

Perubahan terbaru dari Google ini memberi peluang kepada bisnes yang aktif di Pinterest dan Vine untuk muncul di muka pertama Google tanpa perlu membuat SEO dengan agresif.

Jadi, jika anda rasakan SEO adalah satu topik yang teknikal dan ‘tinggi’ untuk anda, kami amat mencadangkan anda untuk mula aktifkan diri dan bisnes anda di Pinterest, Vine dan juga Twitter bermula sekarang.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Wow!info yang sangat menarik..thanks for sharing ?

Speak Your Mind

*

Shares