FB Ads: Iklan Video Kurang 10 Saat Kini Percuma

Selepas mengumumkan penambahan tab Video dalam Page Insights, Facebook kini mengumumkan satu lagi berita baik buat para pengiklan di platform mereka.

mark-zuckerberg

Menurut WSJ, Facebook hanya akan mengenakan caj jika sesebuah iklan video ditonton lebih daripada 10 saat. Jika iklan video itu ditonton kurang dari 10 saat pertama, ia percuma dan tidak akan dicaj oleh Facebook.

Langkah ini dilihat lebih kurang sama dengan apa yang telah dibuat oleh YouTube di mana mereka hanya mengenakan bayaran kepada pengiklan jika video iklan mereka ditonton lebih daripada 30 saat sahaja. Jika iklan itu di-“skip” oleh penonton dalam tempoh 5 saat pertama, ia dikira percuma.

Mereka berkata, perubahan terbaru ini dibuat selepas mengambil kira maklumbalas yang diterima oleh para pengiklan di platform mereka:

We strongly believe in giving marketers flexibility over how they buy video ads, and we listened to feedback which is why we’re offering the new cost-per-view option.

Facebook mengatakan bahawa perubahan ini sudah sedia untuk semua pengiklan FB Ads melalui Power Editor. Anda boleh menikmati tawaran baru mereka ini bermula sekarang.

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares