Facebook Akan Menambah Videos Insight Tidak Lama Lagi – Data Video Yang Lebih Baik

Seperti yang telah kita sedia maklum, video adalah kandungan paling popular di Facebook hari ini. Facebook dilihat mahu bersaing dengan YouTube di mana kini mereka membawakan begitu banyak perubahan pada kandungan berbentuk video di laman mereka.

videos-tab-in-page-insights-views-graph

Terbaru dari Facebook, mereka mengumumkan penambahan satu tab baru di Page Insights iaitu Videos. Perubahan ini dilihat mahu membantu pemilik bisnes untuk lebih memahami prestasi kempen pemasaran video mereka di Facebook.

Menurut mereka, 3 perkara baru pada tab Videos ini adalah:

#1 – Views and 30-second views at a Page level

Jika sebelum ini data berkaitan video hanya boleh dilihat untuk setiap video sahaja, kini Facebook menaiktaraf bentuk laporan itu dimana kini pemilik fanpage boleh melihat jumlah Views video-video mereka secara keseluruhan.

Laporan ini juga boleh dikecilkan lagi kepada:

  • Organic vs. Paid
  • Auto-Played vs. Clicked-to-Play
  • Unique vs. Repeat

videos-tab-in-page-inisghts-30-second-views-graph

Untuk video yang berdurasi lebih 30 saat, Facebook juga akan memberitahu berapa peratus penonton yang menonton video-video di sesebuah fanpage sampai habis.

Data ini penting bagi pemilik bisnes untuk mengetahui sama ada video mereka benar-benar disukai oleh peminat mereka di Facebook atau ia hanya sebuah video yang membosankan (penonton tidak menonton sampai habis).

#2 – Top videos within a certain date range

top-videos-final-update

Lebih kurang sama pada Posts Insights, kini Videos Insights juga tersedia buat semua bisnes di Facebook. Antara data yang akan mula dipaparkan adalah:

  • Targeting
  • Reach
  • Views
  • Average Completion (purata penonton yang menonton sampai habis)

Sedikit berbeza dengan Post Insights, data pada Videos Insights ini dilihat tidak memasukkan data Engagement (Likes, Shares & Website Clicks). Mungkin mereka akan menambahnya tidak lama lagi.

#3 – Metrics for videos shared from other Pages

Dan yang terakhir, kini Facebook juga akan memberikan laporan prestasi untuk video-video yang dikongsi daripada fanpage lain.

Sebagai contoh, jika kita memiliki fanpage A dan kita kongsikan satu video dari fanpage B, data itu akan dimasukkan di bahagian ini.

***

Facebook akan membawakan kemaskini ini dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi daripada sekarang.

Secara keseluruhan, kami melihat kemaskini terbaru daripada Facebook ini adalah satu kemaskini yang sangat bagus khususnya untuk pengamal media dan bisnes yang mahu memfokuskan pemasaran video di Facebook.

Data-data ini akan membantu bisnes membuat keputusan yang lebih baik untuk kempen-kempen mereka yang akan datang di Facebook dan mengelakkan mereka daripada ‘syok sendiri’ dalam menjalankan kempen pemasaran video.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares