Facebook Memperkenalkan Fungsi Baru Untuk Video – Kini Menyokong Secret Video

Selepas mengumumkan penambahan tab Video dalam page Insights baru-baru ini, kini Facebook mengumumkan pula satu lagi fungsi baru berkaitan dengan video.

facebook video

Dalam pengumuman terbaru tersebut, proses memuatnaik sesebuah video ke Facebook page kini ditambah baik dimana kini ia menyokong fungsi secret video (video rahsia).

Facebook berkata, fungsi ini diperkenalkan khusus kepada penerbit kandungan digital. Jika sebelum ini mereka meletakkan video di Youtube dan menandakannya sebagai unlisted video, kini mereka boleh meletakkan video di Facebook page mereka dan menandakannya sebagai secret video.

Selain dari fungsi secret video, pentadbir juga boleh mematikan fungsi embed video dimana apabila fungsi ini dimatikan, pengguna tidak boleh menggunakannya di platform lain seperti blog, forum dan sebagainya.

facebook video disable embed

Dan, pentadbir juga boleh memilih sama ada untuk memaparkan atau menyembunyikan video yang baru dimuatnaik itu di News Feed pengguna dengan menandakan kotak Exclude from News Feed.

Antara fungsi lain yang turut ditambah adalah:

  • Audience restriction – meletakkan had umur dan jantina pengguna yang boleh melihat video tersebut
  • Expiration date – meletakkan tarikh mati sesebuah video
  • Custom thumbnail – memilih gambar thumbnail untuk video
  • Video label – meletakkan label khas untuk video. Contoh: Entertainment, News dan sebagainya

facebook video library

Dan yang terakhir, mereka juga mengumumkan video library di mana melaluinya, pentadbir boleh mengemaskini video-video di Facebook page mereka.

Antara fungsi di dalam video library ini adalah:

  • Mengubah tajuk, penerangan dan thumbnail video
  • Menetapkan sama ada sesuatu video itu secret ataupun umum
  • Melihat dan menguruskan semua secret video

Facebook akan melancarkan fungsi ini secara umum dalam masa beberapa minggu akan datang.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Info tuan sentiasa terkini. Kiranya video di facebook boleh di set privasi nya.

Speak Your Mind

*

Shares