Rating Kedai Mula Dipaparkan Dalam Iklan AdWords

Jika sebelum ini Google membuat keputusan mahu melawat dan menyenaraikan kedai fizikal di Malaysia secara percuma di laman Google My Business, terbaru mereka mengumumkan bahawa rating sesebuah kedai akan mula dipaparkan di dalam iklan AdWords.

google-my-business-adwords-rating

Paparan rating ini hanya dipaparkan pada komputer dan tablet sahaja buat masa ini. Dan, ia hanya dipaparkan jika pengiklan menambah location extension di dalam iklan AdWords mereka sahaja.

Dari segi data untuk rating tersebut, ia datang daripada review yang dikongsikan oleh pengguna Google+ di profile kedai tersebut di Google+.

Pada pendapat kami, perubahan kecil ini mungkin boleh membantu pemilik bisnes yang mempunyai premis fizikal mendapatkan prospek baru kerana lumrah pembeli lebih yakin dengan sesuatu produk selepas mereka melihat ada orang lain telah menggunakannya dan memberi review tentangnya.

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares