Target Prospek Yang Sedang “Mood Shopping Raya” Di Facebook Ads Dengan Opsyen Ini

Setiap tahun, bulan Ramadan adalah bulan yang paling dinanti-natikan oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh pelusuk dunia.

Samada penantian tersebut di dorong oleh faktor spiritualiti mahupun sebaliknya, bagi pemilik bisnes yang mempunyai produk sasar kepada target pasaran yang membeli-belah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan Ramadan inilah waktu yang terbaik untuk meningkatkan promosi produk mereka.

Contoh paling terbaik adalah, iklan daripada Yusof Taiyob.

Kami di ProspekDigital sangat kagum dengan taktik pemasaran Yusof Taiyob ini, yang mana walaupun ringkas, tetapi ianya sangat berimpak tinggi sehinggakan jenama tersebut menjadi ‘household brand’ apabila bulan Ramadan tiba:

Yusuf Taiyob Meme

Selain cara pengiklanan diatas (yang mana perlukan bajet pengiklanan & pemasaran yang tinggi), ada cara lain yang lebih murah & mudah untuk mencapai target prospek anda yang sedang dalam mood “membeli-belah untuk Raya” ini.

Salah satunya adalah melalui pengiklanan di Facebook Ads.

Dan baru-baru ini, Facebook telah memperkenalkan satu target audiens khas di dalam kategori “Behaviours” untuk target prospek dalam kategori ini, iaitu Ramadan 2015:

ramadan 2015 fb ads

Menurut Facebook, target audiens di dalam kategori “Ramadan 2015” ini adalah mereka yang ‘reaktif’ dengan kandungan-kandungan yang berkaitan dengan Ramadan & ianya dikemaskini setiap 24 jam oleh Facebook.

Facebook juga berkongsi infografik ringkas mengenai Ramadan bagi audiens di Indonesia, yang mana bagi kami tidak banyak bezanya dengan audiens di Malaysia:

Ramadan on Facebook in Indonesia

Berbalik kepada target audiens bagi “Ramadan 2015”, setakat artikel ini ditulis, jumlah target prospek di dalam kategori ini mencecah sehingga 4.5 juta prospek (di Malaysia):

jumlah prospek ramadan 2015

Anda boleh menggabungkan “Ramadan 2015” ini dengan opsyen targeting yang lain seperti lokasi, umur & jantina untuk mengecilkan lagi skop target prospek iklan Facebook Ads anda.

Selamat mencuba! 🙂

Kredit imej: memegenerator.net

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares