Twitter Sedang Menguji Halaman Khas Untuk Produk – Ingin Memudahkan Pengguna Membaca Review

Jika sebelum ini kita sudah melihat ruang maklumat kad kredit, alamat rumah dan rekod pembelian dimasukkan di bahagian Settings akaun Twitter, hari ini Twitter mengumumkan yang mereka sedang membangunkan fungsi halaman khas untuk setiap produk dan tempat di Twitter.

twitter-dedicated-pages

Melalui fungsi baru ini, pengguna boleh membaca Tweets dan melihat gambar atau video berkaitan sesuatu produk dengan lebih mudah. Anda boleh lihat contoh di atas di sini.

Di halaman ini, terdapat 3 paparan – Tweets, Media dan About this item.

Bagi pengguna yang ingin membaca review berkaitan dengan sesuatu produk, paparan Tweets adalah seperti berikut.

twitter-dedicated-pages-tweets

Dan, paparan About this item seperti berikut.

twitter-dedicated-pages-nike

Twitter berkata mereka sedang menguji fungsi ini bersama-sama beberapa jenama dan selebriti terkenal di Twitter.

Pada pendapat kami, fungsi baru ini sangat berguna kepada pemilik bisnes di mana ia boleh membantu aktiviti pemasaran kerana fungsi baru ini sudah mengumpulkan semua “testimonial” dari prospek dan pelanggan dalam satu paparan yang kemas dan mudah untuk digunakan.

Dari sudut lain pula, kami melihat langkah yang diambil oleh Twitter ini sebagai persediaan awal buat mereka sebelum mereka memperkenalkan fungsi “Beli” di Twitter secara rasmi tidak lama lagi.

Minat Nak Belajar Twitter Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Twitter secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares