Google Memperkenalkan Search Analytics Pada Webmaster Tools – Data Carian Mobile Kini Tersedia

Salah satu tool yang digemari pemain SEO adalah Google Webmaster Tools (GWT). Hari ini, Google memperkenalkan satu fungsi baru di dalam GWT dinamakan sebagai Search Analytics.

google-search-analytics

Search Analytics ini dibina bagi menggantikan Search Queries di mana melalui Search Analytics ini, anda boleh:

  1. Melihat data carian desktop dan mobile (screenshot)
  2. Melihat data carian dari negara-negara tertentu (screenshot)
  3. Melihat dan membandingkan jumlah carian untuk 2 tempoh masa tertentu

webmaster-tools-search-analytics

Google dilihat masih lagi mengekalkan 4 metrik terpenting iaitu:

  1. Clicks (berapa orang klik website kita)
  2. Impressions (berapa kali orang nampak website kita)
  3. CTR (berapa peratus dari orang yang nampak website kita, klik website kita)
  4. Position (kedudukan website kita untuk sesuatu keyword)

Dengan pengenalan Search Analytics ini, fungsi Search Queries akan ditamatkan tidak lama lagi. Pun begitu, ia masih lagi boleh diakses sehingga bulan Ogos nanti (3 bulan dari sekarang).

Bagi anda yang mahu belajar lebih lanjut tentang Search Analytics ini, belajar di sini.

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. baru perasan ada benda baru. thank you 😀

Speak Your Mind

*

Shares