RASMI: Jumlah Pengguna Mobile Kini Melangkaui Pengguna Desktop

Dunia digital hari ini telah menyaksikan begitu banyak perubahan berlaku begitu drastik sekali. Jika dulu kita banyak menggunakan desktop untuk menyiapkan kerja, sekarang tidak lagi.

Segalanya sudah mobile. Berjual beli secara mobile, baca berita secara mobile, malah, belajar pun sudah mobile sekarang.

Laporan terbaru dari Comscore menyatakan bahawa, jumlah pengguna mobile di US kini telah melangkaui pengguna desktop.

mobile-market-share-2015

Transisi dan peralihan pengguna daripada desktop kepada mobile ini sudah pastinya juga berlaku di Malaysia dan kami di Prospek Digital sangat yakin yang data di Malaysia juga sudah mula condong ke arah ini.

Bagi anda yang melakukan bisnes secara online, laporan ini amat penting. Pastikan laman web dan blog bisnes anda sudahpun mobile-friendly kerana Google kini memberi ranking yang lebih baik kepada laman web dan blog yang mesra mobile.

Selain dari itu, pastikan juga bisnes anda ‘wujud’ di media sosial. Sekurang-kurangnya, di Facebook. Dan, manfaatkan juga platform lain yang bersesuaian seperti Instagram, Twitter dan Google+. Generasi mobile hari ini sangat sukakan media baru ini.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Betul mungkin sebab smartphone lebih mudah nak tengok plus ia lebih kecil dan ringan.

Speak Your Mind

*

Shares