SAH: Google Mula Memaparkan Tweet Dari Twitter Di Google Search

Jika sebelum ini kita mendengar ura-ura yang Google akan memaparkan Tweet dari Twitter di Google Search, hari ini Google sendiri mengesahkannya.

Fungsi ini tersedia buat pengguna di US yang menggunakan Google.com di pelayar peranti mudah alih mereka.

Google berkata mereka akan memperluaskan sokongan ini ke desktop dan ke negara-negara lain dalam masa terdekat.

Dari segi penggunaan pula, pengguna yang mempunyai aplikasi Twitter di smartphone mereka akan terus dibawa ke tweet berkenaan apabila mereka klik pada Tweet yang dipaparkan.

Sebaliknya, jika pengguna tersebut tidak mempunyai aplikasi Twitter di smartphone, maka Google akan membawa pengguna tersebut ke halaman Tweet tersebut di twitter.com.

Apakah Maksudnya Ini Pada Bisnes Anda?

twitter-google

Google nampaknya mahu memberi keputusan carian terbaik dan TERKINI kepada para pengguna mereka. Ia kerana Twitter itu sendiri yang dikenali sebagai platform microblogging yang pantas.

Bagi anda yang memiliki perniagaan, pastikan perniagaan anda wujud di Twitter dan sentiasa kemaskini akaun Twitter tersebut dengan aktiviti-aktiviti perniagaan anda agar prospek anda lebih mudah menjumpai bisnes anda ketika mereka membuat carian di Google kelak…

…Dan, menampakkan bisnes anda legit dan hidup.

Minat Nak Belajar Twitter Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Twitter secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Cabaran content SEO akan bertambah selepas ni. hehe…

Speak Your Mind

*

Shares