Google Webmaster Tools Dijenamakan Semula Kepada Google Search Console

Selepas hampir 10 tahun dengan nama Google Webmaster Tools (GWT), Google mengambil keputusan untuk menukar namanya kepada Google Search Console.

Bagi anda yang tidak tahu tentang GWT, ia adalah sebuah servis yang memberitahu status-status penting laman web dan blog kita secara percuma. Anda boleh rujuk tutorial percuma ini untuk memasangnya di laman web atau blog WordPress anda.

google-search-console

Dalam pengumuman rasmi mereka, Google mengatakan mereka sedar bahawa GWT digunakan dengan meluas dan tidak terhad pada pentadbir laman web (webmaster) sahaja.

Perubahan nama ini adalah satu langkah untuk mewujudkan imej bahawa Search Console itu adalah untuk semua dan bukan untuk webmasters sahaja.

It turns out that the traditional idea of the “webmaster” reflects only some of you. We have all kinds of Webmaster Tools fans: hobbyists, small business owners, SEO experts, marketers, programmers, designers, app developers, and, of course, webmasters as well.

What you all share is a desire to make your work available online, and to make it findable through Google Search. So, to make sure that our product includes everyone who cares about Search, we’ve decided to rebrand Google Webmaster Tools as Google Search Console.

Layari: Google Search Console

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares