Google Kemaskini Antaramuka Keyword Planner Di AdWords

Dalam melakukan kajian katakunci (keyword research) samada untuk kempen pemasaran AdWords mahupun aktiviti SEO, salah satu sumber wajib guna adalah Keyword Planner di AdWords.

Melalui alatan percuma ini, anda boleh mendapatkan beberapa maklumat seperti:

1. Katakunci-katakunci yang berkaitan dengan produk/servis anda (cambah idea katakunci anda);

2. Jumlah carian bagi setiap katakunci tersebut;

3. Purata bidaan CPC yang anda boleh guna dalam kempen AdWords anda;

4. Kadar persaingan bagi setiap katakunci yang anda kaji.

Dan baru-baru ini Google telah melakukan kemaskini ‘kecil’ pada bahagian antaramuka Keyword Planner mereka, menjadikan ianya lebih segar berbanding antaramuka sebelum ini yang agak ‘kosong’.

Anda boleh lihat perbezaan antaramuka lama & terkini dibawah.

Antaramuka lama:

Keyword Planner Sebelum

Antaramuka Terkini:

Keyword Planner Selepas

Dari segi fungsi sedia-ada, tiada perubahan yang dibuat. Kemaskini ini hanya lebih kepada menjadikan antaramuka Keyword Planner ini lebih kemas & tersusun.

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. Saya sedang menggunakan keyword planner ni.

Speak Your Mind

*

Shares