Facebook Memperkenalkan Blueprint, Platform Untuk Belajar FB Ads

Jika sebelum ini, Google tampak lebih kedepan di dalam menghasilkan kandungan-kandungan percuma bagi membantu pengiklan-pengiklan mereka, kini Facebook sudah mula mengikut jejak langkah mereka.

Terkini, pada hujung Mac lepas, Facebook telah melancarkan platform pembelajaran FB Ads secara dalam talian yang dipanggil Blueprint.

facebook blueprint

Setakat artikel ini ditulis, Blueprint sudah mengandungi lebih daripada 40 modul tersedia daripada pelbagai kategori seperti:

01. Introduction to Facebook

02. Best Practices

03. Facebook Pages

04. Purchasing Ads

05. Managing Your Ads

06. Advertising Objectives

07. Targeting

08. Campaign Optimization

09. Reporting and Measurement

10. Additional Insights

Di dalam platform Blueprint ini, anda bebas untuk memilih mana-mana kategori modul yang anda mahu belajar. Seperti contoh dalam artikel ini, kami memilih untuk mempelajari modul dibawah kategori “Best Practices” dan memilih topik “Direct Response Best Practices”:

direct response best practices

Untuk mula mempelajari topik ini, anda perlu klik di butang biru “Enroll” & seterusnya  anda akan dibawah ke laman seperti dibawah:

direct response best practices 2
Apabila anda klik pada butang “Launch”, satu tetingkap baru akan dibuka & di dalam tetingkap tersebut akan disenaraikan topik-topik dibawah modul “Direct Response Best Practices”:

direct response modul

Dan melalui senarai topik-topik tersebut anda boleh pilih topik mana yang hendak dipelajari terlebih dahulu.

Apa yang kami lihat, modul-modul yang disediakan adalah dalam bentuk pelbagai format seperti:

1. Artikel
2. Video
3. Imej

Juga dalam sesetengah kandungan ada diselitkan kajian kes (dikenali sebagai “Success Stories”) yang relevan dengan topik tersebut.

Berdasarkan pengalaman kami menguji platform ini, dapat kami simpulkan bahawa:

1. Platform ini lebih sesuai kepada mereka yang terlibat di dalam merancang kempen pengiklanan bagi syarikat/klien mereka;

2. Bagi pemilik bisnes, platform ini kurang sesuai kerana modul yang diajarkan sesetengahnya terlalu banyak & anda mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan kesemua modul-modul tersebut.

Platform Blueprint ini mesra peranti telefon pintar, jadi anda boleh boleh mengaksesnya tanpa menggunakan laptop mahupun desktop anda.

Mula belajar pengiklanan Facebook Ads secara percuma di Blueprint, sekarang:

https://www.facebook.com/blueprint

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. Saya kurang menggemari facebook. Saya perhatikan jika kita kurang update sesebuah page , like mula datang setiap hari. Apa yang mereka nak sebenarnya ? Mungkinkah itu teknik fb supaya kita beriklan dengan mereka? Saya lebih suka blog dan jadikan blog prospekdigital ni rujukan untuk tambah baik blog saya.

    • Boleh jadi satu sebab juga tu. Saya sendiri pun ada perasan dekat beberapa page lama saya. Secara tiba-tiba ada like. Saya pun pelik.

      Anyway, terima kasih cikpuan kerana jadikan PD sebagai sumber rujukan. 🙂

  2. Salam saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fb ads..saya masih baru dalam iklan di fb dan mahu tahu cara yang betol untuk iklan kan perniagaan saya..boleh saya tahu cara untuk berhubung dengan tuan zulhilmi?

Speak Your Mind

*

Shares