Teknik SEO: Bagaimanakah Caranya Untuk Menambah Lebih Banyak Artikel Yang Dicari-cari Orang?

Sebut saja SEO, ramai usahawan yang cuba untuk mengelak. Mungkin mereka rasakan bahawa SEO ini satu aktiviti pemasaran yang sukar dan memakan masa.

Sebenarnya, Apa Kelebihan SEO Ini?

Walaupun memang hakikatnya begitu, pemasaran SEO sebenarnya mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan saluran pemasaran lain yang tidak bersifat ‘kekal’.

Kekal yang saya cuba maksudkan di sini adalah, bertahan lama.

Dalam dunia SEO, jika artikel atau laman web kitaΒ mendapat ranking yang cukup baik di Google, ia akan bertahan lama di situ (selagi pesaing kita ‘tidur’ dan asyik bermain Facebook Ads).

Peluang Anda Masih Terbentang Luas

Sebagai usahawan internet, anda tidak seharusnya melepaskan peluang ini. Bermula sekarang dan perbaiki SEO laman web dan blog anda agar ia boleh dijumpai dengan mudah oleh prospek anda.

Sudah Bermula? Bagus! Mari Saya Kongsi 1 Tip Simple

Bagi anda yang sudah mempunyai laman web dan blog bisnes, anda perlu memperbanyakkan lagi kandungan berkaitan dengan bisnes anda.

Kandungan yang saya maksudkan adalah:

  • Artikel
  • Video
  • Infografik
  • Tutorial
  • Kajian kes
  • Dan lain-lain. Be creative!

NAMUN, kesilapan ramai usahawan yang saya perhatikan adalah, mereka menerbitkan kandungan yang kurang dan tiada permintaan (orang kampung saya kata tak ada demand).

Biarpun kandungan itu cukup bagus, namun ia tidak dicari-cari oleh prospek dan pelanggan bisnes anda. Usaha anda hanyalah sia-sia sahaja.

Tambah Lebih Kandungan Yang Dicari-cari Orang Dengan Teknik Ini

Untuk membuat research dan melihat permintaan apa yang sebenarnya golongan sasar (target audience) kita mahu, caranya mudah sahaja.

Anda terlebih dahulu mesti:

  1. Memiliki website atau blog. Jika belum ada, belajar buat satu di sini (PERCUMA).
  2. Sudah memasang Google Analytics di website atau blog tersebut dengan betul

cara-tambah-artikel-seo-dengan-mudah

Baik, caranya begini:

  1. Log masuk ke Google Analytics dan klik padaΒ Acquisition
  2. Klik pada Campaigns
  3. Klik pada Organic Keywords
  4. Optional: Klik pada dropdown di bahagian bawah kanan skrin untuk melihat lebih banyak data
  5. Di column Keyword, anda akan lihat senarai-senarai kata kunci (search queries) yang telah digunakan oleh prospek anda sebelum mereka klik dan masuk ke website atau blog anda…

Apa Nak Buat Dengan Data Ini?

…Apa yang perlu anda buat sekarang adalah, hasilkan kandungan berkaitan BERDASARKAN senarai kata kunci ini.

Sebagai contoh, katakan laman web anda menjual Jubah Wanita. Jadi, keywords yang mungkin akan keluar di atas adalah:

  • jubah wanita 2015
  • design jubah moden wanita
  • tips memilih jubah wanita

Data yang dipaparkan di dalam Google Analytics anda ini adalah data yang TERBUKTI dan memang betul-betul digunakan oleh prospek anda di Internet.

Seperti dalam screenshot saya di atas, saya mengenalpasti ada 2 kata kunci dengan jumlah carian sebanyak 242 dan 54.

Dalam kata lain, mereka ini sedang mencari sesuatu di Internet dan masuk ke laman web saya. Kandungan di laman web saya HAMPIR menepati apa yang sedang mereka cari TETAPI masih bukan apa yang mereka mahukan.

Tugas Anda Adalah…

Tugas anda hanya perlu hasilkan kandungan yang mereka mahukan itu dan biarkan Google perlahan-lahan membawa laman web anda di kedudukan terbaik di dalam search results page mereka.

Jangan buang masa anda lagi menulis kandungan yang tiada permintaan.

Masa anda sebagai usahawan amat terhad sekali dan gunakan masa dan kepakaran anda sebaik mungkin untuk tambah lebih banyak keuntungan pada bisnes!

Selamat mencuba. πŸ˜‰

Nota:

Abaikan kata kunci (not provided). Kata kunci ini adalah kata kunci yang digunakan oleh pengguna Google. Mengikut polisi terbaru Google, mereka sengaja menyembunyikan data ini atas faktor privasi.

Anda masih boleh lihat senarai kata kunci lain yang digunakan prospek anda yang menggunakan enjin carian selain dari Google seperti Yahoo!, Bing dan sebagainya. Ia masih berkesan.

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Tips yang menarik.

    Boleh implemen dalam blog saya yang bersawang tu hahaha.

    Terima kasih tuan Zulhilmi

  2. Thanks. Tips ni best. Memang betul ada keyword yang pelik2 masuk blog saya antaranya “apa yang best sangat pakai leagoo ni” hahahaha macam2 ragam org taip keyword ni.

    • Zulhilmi Zainudin says:

      Sama-sama Adzril. Kadang-kadang, yang pelik itulah yang ramai orang cari dan kita tak pernah terlintas langsung nak tulis.

  3. Terima kasih sifu…Google analytics saya tak de pun info macam ni..salah pasang mungkin

  4. Satu perkongsian yang amat bermakna buat saya dan juga pembaca lain. Terima kasih bro..,. saya akan praktikkan apa yang bro utarakan dengan artikel yang berkualiti dan keyword yang betul dan menepati selera pembaca.

  5. Terima kasih atas tips yang diberi. Boleh guna ni.

  6. Artikel yang dinanti! πŸ™‚

    Rakan blogger yang join contest SEO Malaysia Best Blog 2015 lalu pun banyak guna method ni, secara tak langsung ianya inbound link baik untuk artikel induk.

    Penggunaan kata kunci yang berulang2 di setiap artikel yang lain. Nak lebih sedap ikut cara atas, lagi impression tinggi.

    • Zulhilmi Zainudin says:

      Betul saudara Syahril. Harus diingat di sini, berhati-hati menggunakan anchor text yang sama. Pelbagaikan anchor text agar Google nampak ia natural.

  7. Alhamdulilah. Thanks Bro Zulhilmi sharing tips ni. Great tips. InsyaAllah, saya praktiskan dalam blog saya πŸ™‚

    SEO memang topik yang menarik dan best.hehe πŸ™‚

  8. Nice info.. hehe leh praktikkan… ni just tuk w.p or blogspot pon boleh jugak? Sebab guna dua2 tapi tula.. cara nk buat seo tk sama

  9. Terima kasih tuan diatas perkongsian ilmu yg bermanfaat. Kini saya lebih jelas bagaimana utk menghasilkan sebuah artikel yg mampu menarik ramai pembaca dengan bantuan Google.

    Sebelum ini buat artikel main redah saja.

  10. Best ilmu ni. Selama ni guna Google Adword untuk dapatkan Keyword. Boleh cuba ke buat macam ni pulak. Terima kasih.

  11. Baru semak semula blog saya. Rupanya yang ni saya tak install google anaytic πŸ™

  12. nice one bro.

    info berguna. kadang-kadang kita ni buat post yang syok sendiri hehe. Tu yang blog senyap je takde komen.

    so kena fokus pada keyword yang datang ke blog kita tu je lah yer, bagi padu dan pekat

  13. Salam Zul…. dulu memang saya tulis artikel tidak mengikut keyword yang dicari oleh prospek. Mungkin dengan tip yang diberi ini bolehlsh cuba-cuba mencari kata kunci yang sering dicari oleh pembaca. Terima kasih bro….

  14. Saya biasa guna feature keyword di Google webmaster tool jer..jarang sangat tengok Google analytic..

  15. tips yang menarik tuan, kadang-kadang saya pun gunakan teknik ni. tapi, saingan agak tinggi, maklum saja ada banyak blog yang top SEO. hehe… apapun #kipidap!

Speak Your Mind

*

Shares