Instagram Memperkenalkan Fungsi Gambar Dalam Bentuk Galeri – Sudah Bersedia?

Salah satu cabaran yang dihadapi pemilik bisnes di Instagram adalah untuk mempamerkan bahagian-bahagian produk yang lebih ‘detail’ supaya kelihatan jelas di mata bakal pelanggan.

Sebagai contoh, seorang pemilik bisnes beg tangan wanita mahu menunjukkan sudut-sudut berlainan produk beg tangan yang dijualnya.

Cabaran Pemilik Bisnes Di Instagram Sekarang

Memandangkan Instagram hanya mengehadkan sekeping sahaja gambar dimuat naik pada sesuatu masa, maka, beliau tiada pilihan melainkan:

  1. Guna aplikasi membina kolaj gambar seperti Photo Grid (kesan: setiap gambar jadi kecil dan sukar dilihat)
  2. Muat naik gambar-gambar lain mengikut turutan, sekeping-demi-sekeping (makan masa yang lama, prospek jadi bosan tengok gambar terlalu banyak dari atas ke bawah)

Penyelesaiannya Sudah Ada, Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

instagram carousel

Instagram nampaknya peka dengan perkara ini dan mereka telah memperkenalkan fungsi ‘carousel ads’ di mana kini pemilik bisnes boleh memuat naik sehingga 4 keping gambar dalam satu-satu masa secara serentak.

Apabila carousel ads ini dimuat naik, prospek akan melihat 4 dot di bawah gambar dan apabila mereka ‘swipe’ pada gambar tersebut, mereka akan melihat gambar-gambar lain. Sama seperti galeri gambar di Facebook.

Fungsi Call to Action Terbina

Seperkara lagi yang menarik adalah, fungsi carousel ads ini akan membolehkan pemilik bisnes meletakkan butang Call to Action (CTA) seperti “Learn More” yang mana apabila prospek klik pada butang CTA tersebut, mereka akan dibawa ke laman web bisnes tersebut.

Apa Maksudnya Ini Semua Pada Bisnes Anda Di Instagram Sekarang?

Dari sudut pemasaran, fungsi terbaru yang diperkenalkan oleh Instagram ini boleh membantu bisnes:

  1. Membina kredibiliti & kepercayaan di mata prospek (apabila mereka melihat kita mempunyai website)
  2. Mengumpul database prospek dengan lebih mudah (apabila mereka melawat website kita)
  3. Meningkatkan kadar ‘conversion rate’ untuk setiap post di Instagram (gambar jelas → prospek lebih terdorong untuk membeli)

Bila Boleh Guna Fungsi Terbaru Ini?

Buat masa ini, fungsi ini hanya boleh digunakan oleh pengiklan di Instagram sahaja. Untuk pasaran Malaysia, pihak Instagram masih belum membuka pendaftaran untuk menjadi pengiklan mereka secara terbuka.

Pun begitu, tidak mustahil Instagram akan mempertimbangkannya dan jika mereka membuka pendaftaran untuk kita menjadi pengiklan mereka, maka fungsi ini akan tersedia untuk kita tidak lama lagi.

Apa Pendapat Anda Tentang Fungsi Terbaru Ini?

Jadi, apa pendapat anda tentang fungsi carousel ads yang baru diperkenalkan ini? Adakah anda seronok mendengarnya dan tidak sabar-sabar mahu mencubanya?

Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah!

Minat Nak Belajar Instagram Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Instagram secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares