Kini Anda Boleh Menguruskan Akaun Google Adwords Dengan Mudah Menggunakan Telefon

Selepas Facebook mengumumkan aplikasi Facebook Ads Manager minggu lepas, hari ini giliran Google pula mengumumkan aplikasi khas buat para pengiklan mereka.

adwords-app

Sebelum ini, Google melancarkan aplikasi AdWords ini khas buat para pengiklan di Canada sahaja iaitu pada bulan lepas.

adwords-app

Menurut Google, dengan aplikasi AdWords ini, para pengiklan boleh:

  1. Melihat statistik iklan
  2. Edit bidaan dan bajet iklan
  3. Terima notifikasi masa nyata (real time) berkaitan iklan
  4. Menerima cadangan dari pihak Google berkaitan iklan
  5. Menghubungi pasukan Google AdWords secara terus

Download Aplikasi AdWords Sekarang

Jika anda berminat, klik sini sekarang untuk memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon Android anda. Tiada apa-apa berita lagi tentang versi untuk iOS.

Nota: Anda tidak boleh gunakan aplikasi ini untuk mendaftar akaun Google AdWords baru. Anda perlu memiliki akaun Google AdWords terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini.

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares