Kini Anda Sudah Boleh Berkongsi Video Secara Terus Di Twitter – 3 Idea Video Untuk Bisnes

muat naik video ke twitter

Baru-baru ini, Twitter secara rasmi mengumumkan satu fungsi baru untuk para pengguna mereka. Kini, para pengguna Twitter boleh memuat-naik video secara terus ke Twitter tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Untuk permulaan ini, durasi maksimum video yang dibenarkan hanya 30 saat sahaja. Mungkin kita akan melihat Twitter meningkatkan durasi ini ke satu tempoh yang lebih lama tidak lama lagi.

Selain dari itu, Twitter juga memperkenalkan fungsi Group Direct Messages (Group DMs) di mana kini pengguna boleh berbual secara berkumpulan secara tertutup sama seperti di Facebook.

3 Idea Video Untuk Bisnes di Twitter

Memandangkan Twitter adalah sebuah media sosial yang bersifat ‘instant’ dan penggunanya juga suka akan perkara-perkara yang pantas dan mutakhir, anda perlu lebih kreatif menggunakan fungsi video terbaru ini.

Ini 3 idea video daripada kami:

  1. Timelapse (fast-motion video) belakang tabir bisnes – jika anda sedang membungkus tempahan, rakam video proses anda menguruskan pembungkusan tempahan-tempahan tersebut. Kemudian, gunakan aplikasi khas untuk mempercepatkan video tersebut agar ianya tidak melebihi 30 saat dan upload ke Twitter.
  2. Teaser produk baru – jika anda akan melancarkan produk baru, muat naik video teaser produk anda. Ini akan membuatkan follower anda di Twitter ternanti-nanti, tak senang duduk dan berkongsi kepada rakan-rakan mereka (retweet).
  3. Testimonial dari pelanggan – untuk anda yang berurusan secara terus dengan pelanggan, minta pelanggan untuk berikan testimonial pantas untuk produk/servis anda. Pastikan ia tidak melebihi tempoh 30 saat dan ada unsur-unsur keterujaan di dalamnya.

Ada Lagi Idea Tambahan?

Anda ada lagi idea lain selain di atas? Jika ada, sila kongsikan di dalam ruangan komen di bawah bersama kami dan rakan-rakan kita yang lain. 😉

Minat Nak Belajar Twitter Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Twitter secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares